Syarikat rakaman antarabangsa EMI Music (EMI) yang mula bertapak di Malaysia sejak 1966 sedang melalui proses penjenamaan semula agar ia dapat kembali ke zaman kegemilangannya.
Menerusi syarikat Universal Music yang mengambil alih label EMI pada 2013, ia bertujuan untuk memelihara dan mengembangkan warisan negara.
Ini kerana EMI mempunyai lebih dari 700 lagu-lagu Melayu di dalam katalognya yang bermula dari era 40-an.
"Kami di Universal Music menghargai karya muzik dan karyawan lama dan baharu. Kami mahu melancarkan semula jenama EMI yang merupakan syarikat rakaman antarabangsa pertama di Malaysia," kata Pengarah Urusan Universal Music Malaysia Loan Cheong ketika majlis sambutan ulang tahun ke-50 EMI di Saloma Bistro petang tadi.
Katanya, antara perancangan awal adalah pelancaran beberapa buah siri album seperti "100 Lagu-Lagu Popular Pilihan DJ Chuari Selamat", siri album Bintang Pujaan, siri 24-Bit Mastering-EMI, dan kompilasi Nostalgia Aku, Kau dan Dia.
"Seterusnya kami akan mengadakan showcase, konsert, persidangan forum muzik, dan menerbitkan album dalam bentuk CD, piring hitam, dan digital.
"Kami mendapati trend piring hitam atau vinyl begitu popular di Barat, jadi kami akan cuba dengan album tempatan," katanya.
Dengan proses penjenamaan semula, Presiden Kumpulan Universal Music (Asia Tenggara) Sandy Monteiro berkata semua artis tempatan bawah Universal akan berada di bawah label EMI.
"Ini kerana kita mahu memanjangkan sejarah EMI dengan artis-artis yang aktif sekarang ini iaitu seramai 40 artis," katanya.
Sementara itu, proses penjenamaan semula ini disambut baik oleh beberapa penggiat seni
Komposer terkenal Fauzi Marzuki akui jenama EMI sudah menurun sejak kebelakangan ini.
"Proses penjenamaan ini amat bagus kerana saya masih lagi di bawah EMI. Karya-karya masih diterbiktan pihak mereka.
"Cuma saya harap dengan penjenamaan ini, mungkin ada karya-karya baharu yang boleh memasuki pasaran luar," katanya.
Penyanyi Herman Tino berkata ia merupakan strategi perniagaan yang bagus.
"Saya tahu ini merupakan satu strategi perniagaan dan juga strategi bagaimana hendak membuat duit. Namun ini juga strategi yang bagus kerana EMI mempunyai khazanah yang banyak.
"Mereka mempunyai banyak lagu lama-lama. Ia harus diingati," katanya.
Penyanyi dan komposer Datuk DJ Dave turut berkata berita tentang penjenamaan semula EMI merupakan satu perkembangan yang menyegarkan.
"Industri muzik ini tiada berita yang baharu jadi ini merupakan perkembagan yang bagus.
"Ini juga merupakan satu evolusi yang akan berterusan. Terdapat artis baharu dengan rentak baharu tetapi lagu-lagu lama masih evergreen. Orang-orang muda pun masih suka lagu-lagu lama," katanya.
Syafique Shuib
Mon May 18 2015
CHEONG: Kami di Universal Music menghargai karya muzik dan karyawan lama dan baharu. Kami mahu melancarkan semula jenama EMI yang merupakan syarikat rakaman antarabangsa pertama di Malaysia.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Penjenamaan semula julang kembali kegemilangan EMI
Syarikat rakaman antarabangsa EMI Music (EMI) yang mula bertapak di Malaysia sejak 1966 sedang melalui proses penjenamaan semula agar ia dapat kembali ke zaman kegemilangannya.