KONSERT Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur telah menjadi kenangan yang terindah buat hampir 2,000 penonton yang hadir di HGH Convention Centre, Kuala Lumpur, malam tadi.
Rata-rata peminatnya terpukau dengan persembahan hebat Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza, 30, yang menyampaikan 14 buah lagu popularnya.
Bertemakan 'Inspirasi', konsert itu bertujuan untuk menyuntik semangat, memberi ilham dan berkongsi sumber inspirasi pelantun lagu 'Jodoh Pasti Bertemu' dalam mengharungi cabaran sepanjang hidup dan pembabitannya dalam industri.
Tidak keseorangan, konsert itu turut menampilkan penyanyi jemputan yang merupakan idola Afgan sendiri iaitu Datuk Sheila Majid.
Antara lagu-lagu yang dipersembahkan adalah seperti Jalan Terus, Katakan Tidak, Knock Me Out, Begitulah Cinta, DiaDia, Bukan Cinta Biasa, Terima Kasih Cinta dan banyak lagi.
Berlangsung selama lebih kurang dua jam, ini antara momen menarik sepanjang konsert itu berlangsung!
1. Sebelum Afgan muncul, penonton dihiburkan dengan band Arjuna yang membawakan lagu-lagu popular dari negara Indonesia seperti Januari dari Glenn Fredly, Kenangan Terindah dari Samsons, Mungkin Nanti dari Peterpan dan banyak lagi.
2. Meskipun undangan konsert tersebut sepatutnya bermula pada jam 8.30 malam, namun Afgan membuat peminatnya ternanti-nanti dan muncul agak lewat sehingga hampir jam 10 malam.
3. Namun kehadiran pengacara Fiza Frizzy yang cuba melengahkan masa itu turut menghiburkan penonton dengan lawak jenaka dan senda guraunya serta beberapa hadiah yang diberikan.
4. Kemunculan Afgan yang dinanti-nantikan itu telah membuat ramai yang teruja sehingga dia disambut dengan jeritan serta tepukan gemuruh dari semua penonton di dewan tersebut.
5. Ternyata penonton yang hadir rata-rata merupakan peminat setia Afgan kerana hampir semua lagu yang dinyanyikan turut dinyanyikan bersama-sama dan penonton terhibur dengan persembahan Afgan.
6. Meskipun Afgan tidak diiringi penari latar, namun aksinya menggerakkan lenggok badannya itu sudah cukup buat ramai yang cair dan hanya memberi tumpuan kepada jejaka berlesung pipit ini.
7. Semasa konsert itu berlangsung, penyanyi yang segak dengan sut kasual berwarna merah malam itu juga sering menerima banyak ungkapan ‘I love you’. Namun dia tidak pernah jemu melayan peminat dan pasti akan membalas ungkapan tersebut.
8. Istimewa untuk penonton yang hadir, Afgan berduet atas satu pentas bersama penyanyi idolanya, Datuk Sheila Majid pada malam itu. Malah penampilan istimewa Sheila turut memukau penonton yang telah bersama menyanyi sambil menari terutama ketika penyanyi itu menyampaikan lagu popularnya, Sinaran.
9. Di penghujung konsert, Afgan membuat kejutan! Selesai menyanyikan lagu Panah Asmara, tiba-tiba seluruh dewan gelap gelita seketika! Dia membuat penonton tertanya-tanya, sama ada konsert sudah berakhir atau tidak. Tiba-tiba, terdengar jeritan penonton di tempat duduk belakang. Rupanya, Afgan melakukan kejutan memasuki dewan dari belakang sambil menyanyikan lagu terakhirnya pada malam itu, Terima Kasih Cinta.
10. Namun kejutan Afgan itu boleh dikatakan sebagai ‘berani mati’! Sebaik sahaja kemunculannya itu disedari penonton, peminat bagai dirasuk dan menggila lantas terus mengeremuninya. Afgan hanyut dalam lautan peminat dan perlahan-lahan cuba berjalan hingga ke atas pentas walaupun dihalang peminat yang cuba mahu mendekatinya serta mengambil gambar. Afgan hampir terjatuh kerana terpaksa bersesak dengan ribuan peminat sebelum naik ke atas pentas.
11. Apa yang pasti, persembahan Afgan yang menyampaikan lebih 14 buah lagu itu membuatkan hampir 2,000 penonton terpukau dan berpuas hati serta pulang dengan senyuman dan mimpi yang indah!
Gempak
Sun Oct 06 2019
Apa yang pasti, persembahan Afgan yang menyampaikan lebih 14 buah lagu itu membuatkan hampir 2,000 penonton terpukau.
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
Saya tidak berdendam, jumpa di akhirat - Najib Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa beliau tidak berdendam dengan pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya, sehingga beliau dituduh melakukan penyelewengan dana 1MDB.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
PM tegaskan tidak pernah berdendam dengan Tun M
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
[INFOGRAFIK] Monsun Timur Laut | Kos Keseluruhan Pembaikan Jalan Rosak
Berikut adalah info berkenaan dengan Monsun Timur Laut, kos keseluruhan pembaikan jalan rosak.
Konten forum tidak melibatkan MCMC secara terus- Fahmi
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, "Mekanisma yang sedia ada termasuk konten forum yang merupakan satu badan bebas yang telah diwujudkan dan tidak melibatkan MCMC secara terus, ini adalah satu badan yang membolehkan semua pihak termasuk industri menyatakan pandangan tentang apa yang dimaksudkan dengan jelek atau jelek melampau." Menjawab kepada pindaan RUU SKMM dibawa kepada jawatankuasa khas tetapi tidak RUU CMA.
#AWANInews
#AWANInews
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
Gangguan bekalan air di Balik Pulau, ini senarai kawasan terlibat
Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 10 malam Jumaat sehingga 4 pagi, Sabtu.
Penonton jadi gila - Ini momen menarik Konsert Inspirasi Afgan!
Ramai yang terpukau dengan Afgan malam tadi!