PENULIS lakon layar kelahiran Malaysia, Adele Lim dilapor telah meninggalkan projek sekuel Crazy Rich Asians pada musim luruh tahun lalu kerana didakwa tidak mendapat bayaran setimpal dengan penulis lain yang bergandingan dengannya.
Menurut laporan majalah The Hollywood Reporter (THR), pihak studio Warner Bros. menawarkan sekitar AS$800,000 hingga AS$1 juta kepada seorang penulis lelaki berkulit putih, Peter Chiarelli.
Namun, Adele sebaliknhya hanya ditawarkan AS$110,000, jauh lebih rendah dari sepatutnya.
Alasan Warner Bros yang diberikan adalah kerana Peter merupakan penulis yang lebih berpengalaman dan telah memulakan kariernya sejak 2009 menerusi filem The Proposal yang dibintangi Sandra Bullock dan Ryan Reynolds.
Sebaliknya, Crazy Rich Asians (CRA) merupakan filem Hollywood pertama buat Adele.
“Apabila dinilai begitu, saya tak dapat hendak mengelak daripada merasakan bahawa itu 'sahaja' persepsi mereka terhadap sumbangan saya,” kata Adele kepada THR.
Adele turut percaya bahawa wanita dan golongan bukan 'berkulit putih' seringkali dilihat sebagai ‘kicap’ - hanya digunakan untuk 'perencah dan penyedap' untuk beberapa perincian tentang budaya mereka kepada sesebuah skrip, bukannya untuk dihargai atas sumbangan yang signifikan.
Pihak Warner Bros. menjelaskan kepada kumpulan yang mewakili Adele bahawa bayaran tersebut berdasarkan julat yang ditetapkan oleh industri yang mengambil kira pengalaman seseorang penulis.
Salah satu daripada syarikat penerbit filem itu, Color Force, kemudiannya mengambil masa lima bulan untuk mencari penulis lain yang turut berasal dari Asia.
Mereka kemudian kembali kepada Adele pada Februari lalu dengan tawaran lebih tinggi, selepas rakan sekerjanya Peter bersetuju untuk membahagi bayarannya kepada Adele.
Bagaimanapun, Adele menolak sumbangan itu.
“Pete memang seorang baik hati, namun saya tidak boleh hanya bergantung kepada kemurahan hati seorang penulis 'berkulit putih',” kata Adele.
Tambahnya, “Sekiranya saya tidak mendapat gaji yang adil selepas CRA, saya tidak boleh bayangkan bagaimana keadaannya untuk orang lain, memandangkan bayaran dibuat berdasarkan sebut harga daripada filem-filem sebelum ini.
“Apatah lagi apabila wanita tidak 'berkulit putih' turut tidak pernah mendapat peluang untuk menulis banyak filem sebelum ini.
“Memang tidak mungkin kesaksamaan boleh dicapai dengan cara itu,” katanya.
Crazy Rich Asians meraih lebih AS$238 juta di seluruh dunia dan apa yang lebih penting berjaya mengangkat cerita berlatarkan Asia ke layar perak Hollywood.
Namun, ini tidak menandakan pengakhiran karier Adele.
Anak keluaran Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Sri Aman di Petaling Jaya itu menjadi salah seorang penulis bagi filem animasi Disney terbaharu, Raya and the Last Dragon.
Filem itu yang bakal menemui peminat pada November 2020 mengisahkan tentang perjalanan seorang pahlawan wanita, Raya dalam misinya untuk mencari naga terakhir di dunia.
Nailah Huda
Sat Sep 07 2019
Adele Lim ketika menghadiri tayangan Crazy Rich Asians di TCL Chinese Theatre, Hollywood pada 7 Ogos 2018. Foto - Instagram @gregfinleyofficial
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Penulis kelahiran Malaysia 'buka mulut' sebab tinggalkan projek besar Hollywood, Crazy Rich Asians
Penulis skrin kelahiran Malaysia, Adele Lim dilapor telah meninggalkan projek sekuel Crazy Rich Asians kerana dia tidak mendapat bayaran setimpal dengan gandingannya.