Lebih 200 ahli keluarga dan rakan terdekat hadir ke acara pengkebumian penyanyi country, Mindy McCready.

Lagu-lagunya dimainkan sepanjang majlis berlansung dimana dia diingati sebagai bintang berbakat yang mempunyai latar hidup penuh tragis.

McCready menembak dirinya di kepala pada 17 Februari di kediamannya di Arkansas beberapa hari selepas mahkamah mengarahkan dia menghadiri program pemulihan.

Dia dipercayai mengikuti langkah kekasihnya, David Wilson sebulan lalu yang mati dengan cara yang serupa.

McCready mempunyai masalah ketagihan dadah sejak 2004 dan pernah dimasukkan ke hospital pada 2010 selepas pengambilan ubat berlebihan.

Menurut ibu penyanyi terkenal itu, Gayle Inge, walaupun anaknya pergi seumpama itu, dia tetap meninggalkan dua orang cahaya mata untuk dirinya.

“Saya sayangkan kedua cucu saya dengan sepenuh hati, dan saya ingin mereka tahu bahawa kematian pun tidak mampu memisahkannya daripada kedua cucu yang ditinggalkan anaknya itu,” kata Inge.

McCready mula mencipta nama dalam genre muzik country pada 1994 dengan lagu hit seperti “The Thousand Angles” dan “Guys Do It All The Time,”.