awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India tegaskan kerjasama BRICS dan sokongan bersama
Kapal tangki bawa diesel tanpa dokumen sah ditahan di Selat Melaka
Hamzah diberi notis kedua, menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyanyi pernah palsukan diri hidap kanser, ditemui tidak bernyawa di rumah

Gempak
Gempak
22/06/2023
00:00 MYT
Penyanyi pernah palsukan diri hidap kanser, ditemui tidak bernyawa di rumah
Sung Bong yang mula dikenali selepas menyertai program Korea's Got Talent pada tahun 2011 pernah mencetuskan kontroversi apabila berbohong mengenai dirinya menderita sakit kanser. - Foto GEMPAK
DUNIA seni Korea Selatan terus menerima khabar mengejutkan apabila seorang lagi selebriti dilaporkan meninggal dunia.
Ini merupakan berita kematian kedua yang terjadi dalam tempoh seminggu, dengan kedua-duanya didakwa merupakan kes bunuh diri.
Media tempatan melaporkan penyanyi Chong Sung Bong ditemui meninggal dunia di kediamannya di Seoul pada 21 Jun 2023.
Penyanyi berusia 33 tahun itu disyaki mengambil nyawanya sendiri selepas meninggalkan pesanan di YouTube, memberitahu dia akan melakukan sebuah keputusan yang agak ekstrim.
Bagaimanapun pihak polis masih melakukan siasatan terhadap kematian Sung Bong.
Sung Bong yang mula dikenali selepas menyertai program Korea’s Got Talent pada tahun 2011 pernah mencetuskan kontroversi apabila berbohong mengenai dirinya menderita sakit kanser atau barah.
Ia mencetuskan kemarahan selepas ramai yang terpedaya dengan memberikan derma kepadanya selepas Sung Bong pernah membuat kutipan dana untuk membiayai rawatan penyakitnya yang sangat mahal.
Topic Berkaitan
#penyanyi Korea Selatan
#meninggal dunia
#Chong Sung Bong
#palsukan diri hidap kanser
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan