awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRU Thailand: Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui lewat Ahad
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
Cara U Sabah ULTRA5G Fest meriahkan KK, tarik lebih 10,000 pengunjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyanyi rap Sean Kingston, ibu didakwa terlibat dalam skim penipuan AS$1 juta

Bernama
Bernama
21/07/2024
04:50 MYT
Penyanyi rap Sean Kingston, ibu didakwa terlibat dalam skim penipuan AS$1 juta
Kingston dan Turner didakwa awal bulan ini oleh Juri Agung Persekutuan atas satu pertuduhan konspirasi untuk melakukan penipuan komunikasi elektronik dan lima pertuduhan penipuan komunikasi elektronik. -Foto Sinar Harian
WASHINGTON: Penyanyi Rap Sean Kingston dan ibunya, Janice Turner, hadir di Mahkamah Persekutuan Florida pada Jumaat, berdepan dakwaan terlibat dalam skim penipuan menggunakan komunikasi elektronik melibatkan barangan mewah bernilai lebih AS$1 juta.
Kingston, 34, yang nama sebenarnya Kisean Anderson, dan Turner, 61, didakwa awal bulan ini oleh Juri Agung Persekutuan atas satu pertuduhan konspirasi untuk melakukan penipuan komunikasi elektronik dan lima pertuduhan penipuan komunikasi elektronik.
Jika disabitkan kesalahan, mereka masing-masing berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun bagi setiap pertuduhan, menurut laporan United Press International (UPI) yang memetik kenyataan Pejabat Peguam Negara Amerika Syarikat (AS) bagi Daerah Selatan Florida.
Pendakwa raya mendakwa Kingston dan Turner memperoleh kereta mewah, barang kemas dan barangan mewah lain melalui cara penipuan dari 11 April 2023 hingga 29 Mac lepas.
Penyanyi itu didakwa menggunakan status selebritinya untuk meyakinkan vendor agar menghantar barangan tanpa bayaran penuh, menggunakan dokumen palsu untuk menunjukkan mereka telah memulakan pembayaran.
Pada Mei, polis menyerbu rumah Kingston di Florida selepas aduan sivil yang diterima menuduhnya tidak membayar sistem hiburan bernilai US$150,000.
Hasil serbuan itu menemukan barangan mewah bernilai lebih US$1 juta dan Turner ditahan di tempat kejadian manakala Kingston diberkas kemudian pada hari yang sama ketika melakukan persiapan untuk membuat persembahan di Fort Irwin, sebuah pangkalan latihan Tentera Darat di Gurun Mojave.
Kedua-duanya dibebaskan dengan jaminan dan tarikh prosiding mahkamah seterusnya ditetapkan pada 9 Ogos.
Pada 2006, Turner mengaku bersalah atas empat pertuduhan memfailkan permohonan pinjaman palsu dan satu pertuduhan penipuan, yang mengakibatkan hukuman penjara 16 bulan dan lima tahun pengawasan, serta perintah untuk membayar balik dana yang dicuri sebanyak US$132,000.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sean Kingston
#skim penipuan
#lebih AS 1 juta
#Janice Turner
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan