awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyanyi terkenal Indonesia, Chacha Sherly meninggal dunia akibat kemalangan

Agensi
Agensi
06/01/2021
05:07 MYT
Penyanyi terkenal Indonesia, Chacha Sherly meninggal dunia akibat kemalangan
Allahyarham Chacha Sherly mengalami kecederaan parah di kepala akibat kemalangan yang berlaku pada Selasa. - Gambar Instagram CHACHA SHERLY
JAKARTA:Khabar duka diterima dari Indonesia di awal Tahun Baharu 2021 dengan berita pemergian penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Chacha Sherly ke rahmahtullah pada Selasa selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Kemalangan yang melibatkan enam buah kenderaan pada Isnin itu berlaku di Kilometer 428 berhampiran Tol Semarang - Solo, Jawa Tengah.
Allahyarham Chacha yang berusia 29 tahun menghembuskan nafas terakhir selepas koma berikutan kecederaan parah yang dialaminya,
Menurut polis Indonesia, kemalangan itu berlaku di Kilometer 248 Lebuhraya Bawen – Semarang ketika Chacha dalam perjalanan pulang ke Jakarta selepas bercuti bersama keluarganya.
Kemalangan yang meragut penyanyi itu berlaku selepas sebuah kenderaan hilang kawalan sebelum berpusing dan terbabas sehingga merempuh beberapa kereta lain.
Chacha yang merupakan antara mangsa kemalangan itu dilaporkan mengalami kecederaan parah di kepala dan dikejarkan ke Hospital Ungaran, Semarang.
Untuk rekod, Allahyarham Chacha pernah menganggotai kumpulan Trio Macan pada 2011 sebelum bergerak sebagai penyanyi solo pada Oktober 2019.
Antara lagu popular nyanyian ialah Ah Kamu (Anumu).
Sementara itu, portal berita Kompas melaporkan, keluarga Allahyarham Chacha tidak mampu membendung kedukaan sebaik jenazah penyanyi itu tiba di Kompleks Perumahan Kedungturi Permai Blok I, Sidoarjo, Jawa Timur, pada Selasa malam.
Keluarga Chaca menangis teresak-esak ketika melihat wajah Allahyarham buat kali terakhir.
Jenazah Chacha dikebumikan di Taman Pemakaman Umum Aspol Wage malam tadi.
Topic Berkaitan
#penyanyi dangdut Indonesia
#penyanyi terkenal Indonesia
#Chacha Sherly
#Chacha meninggal dunia
#kemalangan
#Trio Macan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan