awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyiasat paranormal inspirasi filem 'The Conjuring' meninggal dunia

Agensi
Agensi
21/04/2019
01:09 MYT
Penyiasat paranormal inspirasi filem 'The Conjuring' meninggal dunia
Lorraine dan suaminya mula terkenal pada 1970an apabila kerja-kerja penyiasatan kes paranormal mereka mula menjadi perhatian masyarakat. - AP newsroom
LORRAINE Warren, penyiasat paranormal yang menjadi inspirasi filem "The Conjuring", meninggal dunia pada Jumaat di rumahnya di Monroe, Connecticut, pada usia 92 tahun.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan peguam keluarga Warren, wanita itu berada dalam keadaan sihat dan menghembuskan nafas terakhir ketika tidur.
Warren dan suaminya, Ed, telah menyiasat lebih 3,000 kisah paranormal, menurut laman web The New England Society for Psychic Research.
Mereka mula menjadi masyhur pada pertengahan 1970an apabila kerja-kerja penyiasatan kes paranormal mereka mula menjadi perhatian masyarakat.
Antara kes penyiasatan mereka yang paling terkenal adalah peristiwa aneh yang dilalui pemilik hartanah di 112 Ocean Avenue, Amityville, pada tahun 1976.
Kisah itu kemudiannya difilemkan sebagai "The Amityville Horror".
Pada 2013, kisah mereka sekali lagi diabadikan dalam filem menerusi "The Conjuring", dan "Annabelle" pada tahun berikutnya.
Ed meninggal dunia pada 2006.
Pasangan itu memiliki seorang anak perempuan, Judy.
Topic Berkaitan
#Amityville
#Annabelle
#Ed Warren
#filem
#Lorraine Warren
#meninggal dunia
#paranormal
#The Amityville Horror
#The Conjuring
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan