PENGACARA dan usahawan fesyen popular tempatan, Neelofa bersiaran secara langsung bersama pereka kasut terkemuka dunia, Giuseppe Zanotti di Instagramnya malam tadi.
Menerusi laman sosial Instagram Live, Neelofa dan Giuseppe meluangkan masa bersama meski pun berada di dalam zon masa yang berbeza.
Menariknya lagi, Giuseppe kemudiannya melakarkan rekaan sepatu kahwin untuk Neelofa secara spontan.
Walaupun berbicara soal fesyen, mereka berdua turut menyentuh perihal sambutan Ramadan dan isu kesan wabak COVID-19 yang sedang melanda dunia.
“Seronok dapat bertemu dengan kamu. Saya sedar yang Malaysia sedang menyambut bulan Ramadan sekarang.
Justeru, saya berharap agar semuanya berada dalam keadaan baik. Semoga mendapat Ramadan yang diberkati,” katanya menerusi satu kenyataan yang dihantar .
Menerusi siaran langsung tersebut, Giuseppe turut berkongsi bahawa minatnya yang mendalam terhadap kasut bermula apabila dia melihat seorang wanita yang mengenakan gaun cantik dengan kasut hodoh di kaki.
“Ibu saya seorang tukang jahit. Justeru, saya selalu melihat pelanggan wanita mencuba pakaian di rumah. Namun, pada suatu hari, saya melihat seorang wanita yang menyarung sepatu hodoh saat mencuba baju jahitan ibu saya yang cantik.
Dari situ, saya mula berimaginasi sesuatu yang luar biasa. Saya rasa, saya mewarisi perasaan sensitif melihat sesuatu daripada ibu saya,” ujar pereka berusia 63 tahun itu.
Selain pernah berkolaborasi bersama Neelofa untuk menghasilkan koleksi kasut, Giuseppe turut menamakan kolaborasi bersama penyanyi papan atas Jennifer Lopez, Rita Ora dan Kanye West sebagai kolaborasi kegemarannya.
Bukan sahaja kasut, jenama Giuseppe Zanotti turut terkenal dengan rekaan tas tangan dan barang kemas.
Gempak
Wed Apr 29 2020
Menerusi laman sosial Instagram Live, Neelofa dan Giuseppe meluangkan masa bersama meski pun berada di dalam zon masa yang berbeza. - Foto Astro GEMPAK
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Pereka Giuseppe Zanotti lakar rekaan sepatu kahwin Neelofa
Pengacara dan usahawan fesyen popular tempatan, Neelofa bersiaran secara langsung bersama pereka kasut terkemuka dunia, Giuseppe Zanotti di Instagramnya malam tadi.