awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ajaran sesat: Kerajaan tidak ambil ringan, dapatkan laporan dari negeri - Marhamah
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkahwinan mewah anak jutawan India, Anant Ambani dan Radhika Merchant

Astro Awani
Astro Awani
13/07/2024
11:50 MYT
Perkahwinan mewah anak jutawan India, Anant Ambani dan Radhika Merchant
Anant Ambani, mengahwini teman wanitanya Radhika Merchant, yang merupakan anak kepada taikun farmasi Viren dan Shaila Merchant. - Foto Reuters
ANAK lelaki jutawan India, Mukesh Ambani melangsungkan perkahwinan di Mumbai, India pada Jumaat dalam majlis penuh gilang gemilang dan disifatkan sebagai 'wedding of the year'.
Anant Ambani, 29, mengahwini teman wanitanya Radhika Merchant, 29, yang merupakan anak kepada taikun farmasi Viren dan Shaila Merchant.
Foto REUTERS
Foto REUTERS
Majlis berlangsung di Jio World Convention Centre milik keluarga Anant, selepas berbulan-bulan majlis mewah diadakan bagi meraikan pasangan mempelai itu.
Foto REUTERS
Foto REUTERS
Foto REUTERS
Foto REUTERS
Perkahwinan serba mewah itu diadakan selama empat hari bermula dengan majlis tradisional Hindu pada Jumaat, diikuti resepsi besar-besaran yang akan berlangsung sepanjang hujung minggu.
Ribuan tetamu memeriahkan majlis tersebut termasuk selebriti terkenal dunia, Shah Rukh Khan, Salman Khan, Kim Kardashian, Nick Jonas, Priyanka Chopra, John Cena, serta David Beckham.
Foto REUTERS
Foto REUTERS
Selain itu, tetamu lain yang turut hadir adalah bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair dan Boris Johnson, dan Ketua Pegawai Eksekutif Saudi Aramco Amin H. Nasser.
Majlis pra-perkahwinan Anant dan Radhika diadakan pada Mac lalu di barat Gujarat selama tiga hari dengan kehadiran 1,200 tetamu termasuk persembahan daripada bintang Hollywood terkenal, Rihanna.
Foto REUTERS
Foto REUTERS
Anant merupakan anak bongsu daripada tiga beradik.
Kos perkahwinan pasangan itu tidak didedahkan tetapi perancang perkahwinan menganggarkan mereka membelanjakan antara 11 bilion dan 13 bilion rupee (sekitar RM615.15 juta hingga RM727 juta).
Foto REUTERS
Foto REUTERS
Menurut Forbes, Mukesh merupakan orang kesembilan terkaya di dunia dan memiliki kekayaan bersih bernilai AS$83.4 bilion.
Topic Berkaitan
#Anant Ambani's Wedding
#Perkahwinan mewah Anant Ambani
#wedding of the year
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan