awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Permulaan baharu...' - Azah kembali ke Malaysia selepas lebih 20 tahun menetap di Kanada

Gempak
Gempak
17/07/2023
00:00 MYT
'Permulaan baharu...' - Azah kembali ke Malaysia selepas lebih 20 tahun menetap di Kanada
Azah dan suami serta tiga anak lelaki sudah memulakan perjalanan pulang ke Malaysia sejak Sabtu, tetapi transit di Dubai. - Foto Instagram
PELAKON era 90-an, Azah Aziz, mengakui bakal memulakan kehidupan baharu dengan berhijrah kembali ke Malaysia selepas lebih 20 tahun menetap di Montreal, Kanada.
Azah dan suaminya juga lelaki warga Perancis, Daud Leroy Abdullah serta tiga orang anaknya sudah berangkat sejak semalam.
"Selamat tinggal Montreal, untuk selama-selamanya.
"Permulaan yang baharu, selamat tinggal dan jumpa lagi. Saya akan merindui semua sahabat saya di Montreal," katanya.
Azah berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
View this post on Instagram
A post shared by Norazah Aziz (@azahaziz13)
Menerusi entri itu, dia memuat naik foto dan video bersama keluarga menunjukkan keberangkatan mereka di lapangan terbang serta ketika penerbangan.
Azah atau nama sebenarnya Norazah Aziz berkahwin dengan suaminya, Daud Leroy Abdullah pada 1995 dan sejak itu dia menetap di Montreal, Kanada.
Terdahulu, Azah ada memaklumkan dia dan keluarga akan berpindah ke Malaysia sekali gus menyambut baik keputusan kerajaan memberikan kewarganegaraan secara automatik melalui kuat kuasa undang-undang kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warga negara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara.
View this post on Instagram
A post shared by Norazah Aziz (@azahaziz13)
Azah bagaimanapun terlebih dahulu ke Dubai sebagai transit sebelum pulang ke Malaysia.
Dia juga sempat berseloroh mahu pindah ke Dubai jika orang Malaysia tidak menyambut kedatangannya untuk menetap di sini dengan baik.
"Perhentian pertama Dubai. Dubai akan menjadi rumah kedua saya.
"Kalau netizen Malaysia terlampau, kita lari pergi Dubai," katanya.
Azah dan suami dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Aaron, 26; Ryan, 20; dan Justin, 17 tahun.
View this post on Instagram
A post shared by Norazah Aziz (@azahaziz13)
Topic Berkaitan
#Azah Aziz
#kembali ke Malaysia
#Kanada
#Dubai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan