awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persembahan harus diteruskan walaupun kaki patah

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
06/07/2015
10:06 MYT
Persembahan harus diteruskan walaupun kaki patah
Persembahan harus diteruskan walaupun kaki patah. Gambar dari Youtube/RTMorasonMD
Penyanyi Foo Fighters, Dave Grohl mungkin seorang bintang rock yang dihormati ramai di seluruh dunia buat masa ini.
Bukan sahaja kerana mampu membuat persembahan sejurus kakinya patah di Sweden bulan lepas tetapi turut mengadakan persembahan dengan kakinya yang patah di Washington DC, Amerika Syarikat pada 4 Julai.
What a legend! Watch Dave Grohl perform with his broken leg on a custom @foofighters throne: http://t.co/4hV1EBsQUHpic.twitter.com/4c5ykdTOIr
— Kerrang! Magazine (@KerrangMagazine) July 5, 2015
Sambil duduk di atas sebuah throne atau kerusi yang dibina khas untuknya, Grohl turut menceritakan pengalamannya jatuh dari pentas dan mendapatkan rawatan di Sweden semasa konsert itu.
Menurut Grohl, dia enggan mendapatkan rawatan di hospital sejurus doktor memberitahu pergelangan kakinya terkehel kerana mahu meneruskan persembahan.
Namun doktor tersebut perlu mendapatkan pendakap untuk dipasang pada kakinya terlebih dahulu.
Sementara menunggu pendakap tiba, doktor tersebut terpaksa memegang kakinya di atas pentas dan persembahan diteruskan.
Selepas imbasan x-ray, kecederaan sebenarnya didapati lebih teruk kerana tulang kakinya patah.
Akibatnya, Grohl terpaksa menjalani pembedahan dan Foo Fighters terpaksa membatalkan persembahan di United Kingdom dan Eropah.
Namun Grohl memberitahu dia tidak suka membatalkan konsert dan idea untuk membuat persembahan sambil duduk di atas sebuah throne adalah jalan terbaik untuk Foo Fighters teruskan jelajah konsert.
Sikap rendah diri Grohl sangat dihormati kerana ramai yang menganggap ia bukan sifat yang dimiliki seseorang yang bergelar rock star.
Topic Berkaitan
#Dave Grohl
#Foo Fighters
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan