KECOH di sosial media berhubung klip video yang memaparkan aksi tarian keterlaluan di majlis perkahwinan model Ahya Ulumuddin Rosli, 32, atau Ahya bersama isterinya, Shahirah Sanusi, 27.
Aksi kurang sopan itu mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan netizen hingga ada yang mempersoalkan hukum persembahan berkenaan.
Sehubungan itu, Ketua Penolong Pesuruhjaya (Bahagian Pengurusan Masjid) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (UHEAT), Aizi Saidi Abdul Aziz, menerusi Sinar Harian tampil menjelaskan situasi mengikut pandangan Islam.
Menurutnya, persembahan itu disifatkan sebagai haram di sisi agama dan tidak sepatutnya berlaku kerana ia bercanggah dengan syariat Islam.
"Matlamat perkahwinan dah 'comel' tapi cara tu tak betul. Perkahwinan adalah sunah Nabi Muhammad SAW tetapi bila campur adukkan dengan benda haram, benda maksiat yang jelas hukumnya adalah haram.
"Malah tarian itu juga secara tidak langsung mengheret dosa kepada tetamu yang hadir," katanya.
Ahya sebelum ini menegaskan dia berhak memanggil siapa sahaja untuk membuat persembahan yang dibiayainya sendiri tanpa tajaan mana-mana pihak.
“Persembahan itu sekadar hiburan sahaja untuk tetamu yang hadir,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Gempak
Mon Apr 08 2019
Majlis perkahwinan Ahya mengundang kontroversi. - Astro Gempak
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
'Persembahan itu haram di sisi agama', agamawan ulas isu majlis kahwin Ahya Rosli
Aksi kurang sopan itu mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan netizen.