SINONIM dengan tema #tetibaAME2021, Anugerah Meletop ERA 2021 mencuit hati penonton apabila berjaya 'memutar-belit' plot dalam segmen Anugerah Khas MeleTOP.
Dewan bertukar riuh dengan tepukan dan jeritan apabila pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi mengumumkan 'dirinya' sendiri sebagai penerima Anugerah Khas MeleTOP sebagai penghargaan ke atas sumbangan dan komitmen beliau dalam mengangkat martabat industri pengacaraan dan seni tanah air.
Mesra dengan panggilan Pak Nil, Aznil mengakui amat teruja dan tidak menyangka menerima anugerah berkenaan, apatah lagi mengumumkan sendiri siapa penerimanya.
“Paknil memang tidak sangka sama sekali dan tidak terfikir pun bahawa nama yang diberikan kepada Pak Nil adalah nama palsu dan bukan nama sebenar.”
Paknil, 59, kelihatan terpaku ketika berada di atas pentas sebelum trofi anugerah dipersembahkan kepadanya. Usai klip video memaparkan biodata pemenang, Paknil terus mengalirkan airmata, terharu dengan penghargaan yang diterima.
Sejurus itu, pengacara Anugerah Meletop ERA 2021 (AME2021), Nabil Ahmad naik ke pentas untuk memeluk mentornya sambil diperhati pengacara bersama, Sherry A-Hadad dan Jihan Muse.
Apa yang lebih signifikan dan menyentuh perasaan ialah trofi anugerah itu disampaikan oleh protege (anak murid) Pak Nil, Nabil.
“Apabila Pak Nil membaca karakteristik penerima anugerah, Paknil tidak tahu pun itu adalah Pak Nil, walaupun setelah video terpapar di kaca televisyen, Pak Nil masih lagi keliru sehinggalah Nabil (Ahmad) memberitahu bahawa Pak Nil adalah pemenang yang sebenar," katanya, ketika ditemui Astro AWANI di AME2021 pada malam Ahad.
"Saya tidak pasti sumbangan saya selama ini memberikan impak besar kepada industri hiburan tanah air, namun saya berbangga kerana anak didik saya yang saya bimbing lebih 20 tahun lalu, kini salah seorang penerbit AME2021," kata Paknil, yang sudah lebih 32 tahun menyerikan industri pengacaraan dan hiburan tempatan.
Pada masa sama, Pak Nil turut menzahirkan penghargaan beliau kepada peminat dan rakan-rakan artis yang tidak pernah lelah memberi sokongan terhadapnya.
Sebelum ini, Anugerah Khas MeleTOP telah diberikan kepada Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di atas sumbangan beliau keika musim pandemik COVID-19.
AME2021 berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan disiarkan secara 'live' di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.
Umar Sadique
Mon May 30 2022
Apabila paknil membacakan karakteristik pemenang, Pak Nil tidak tahu pun itu adalah diri Pak Nil, walaupun setelah video terpampar di kaca tv Pak Nil masih kelihatan keliru sehinggalah Nabil memberitahu bahawa paknil adalah pemenang yang sebenar.
Tumpuan Sabtu - 20 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Empat pelari yang memenangi acara separa maraton Beijing dilucutkan pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat.
Lelaki sindrom Down melecur disimbah air panas dalam lif
Seorang lelaki sindrom Down melecur di bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif sebuah pangsapuri.
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
'Nyanyian penuh rasa' - Shuib puji persembahan Aina Abdul pada segmen tribute buat Siti Sarah
Wajah Shuib yang beberapa kali kelihatan di hadapan kamera turut menimbulkan rasa hiba penonton.
Plot twist! Aznil terkedu terima Anugerah Khas MeleTOP
Sinonim dengan tema #tetibaAME2021, Anugerah Khas Meletop tiba-tiba 'memutar-belit' plot apabila Datuk Aznil yang merupakan pengumum bagi Kategori itu adalah penerima anugerah tersebut.
Shiha Zikir menang besar, ungguli AME 2021
Shiha juga berjaya merangkul tiga lagi anugerah iaitu Lagu Meletop Era, Artis Versatil Meletop dan Bintang Filem Meletop.