BAGI peminat watak kartun popular Mickey Mouse, anda mungkin tidak mahu melepaskan peluang untuk memiliki poster vintaj yang dihasilkan sejak tahun 1930.

Sebanyak tujuh poster kartun tersebut yang jarang ditemui kini sedang dilelong sempena ulang tahun kartun itu yang ke-90.

Ketujuh-tujuh poster tersebut kini dipamerkan dalam sebuah pameran peringatan yang dianjurkan oleh Disney di London.

Ketujuh-tujuh poster itu kini dipamerkan dalam sebuah pameran peringatan yang dianjurkan oleh Disney di London. -Reuters

Lelongan tersebut berlangsung secara dalam talian menerusi laman web lelongan, Sotheby sehingga 26 November ini. -Reuters
Lelongan tersebut berlangsung secara dalam talian menerusi laman web lelongan, Sotheby's, sehingga 26 November ini.

Apa yang lebih menarik, lelongan kesemua poster tersebut dijangka akan mengutip sebanyak AS$165,000 (RM690,000) secara keseluruhannya.

Setiap satu poster tersebut akan dilelongkan dengan bidaan yang bermula pada harga RM130,000.

Lelongan kesemua poster tersebut dijangka akan mengutip sebanyak USD165,000 atau RM690,000.99 secara keseluruhannya. -Reuters
Menurut salah seorang pegawai laman web Sotheby's, Bruce Marchant seperti yang dipetik menerusi Reuters, poster vintaj Mickey Mouse adalah antara barangan bersejarah berbanding watak kartun yang lain.

“Kesemua poster tersebut adalah yang jarang ditemui dari England, Perancis dan Belgium. Tujuh poster tersebut adalah antara yang masih dalam bentuk yang asli.

“Ini kerana beberapa poster terdahulu pernah digunakan sebagai poster di panggung wayang, justeru ada poster yang tidak dalam keadaan baik dan tidak dapat digunakan,” katanya.