awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siap berbaju Melayu, SpongeBob ucapkan selamat menyambut Ramadan

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
23/04/2020
23:17 MYT
Siap berbaju Melayu, SpongeBob ucapkan selamat menyambut Ramadan
Gambar comel yang dimuat naik menerusi akaun Twitter dan Instagram itu ternyata mendapat perhatian seluruh dunia tanpa mengenali agama dan kaum. - Foto Instagram/Twitter @spongebob
SIAP berpakaian Baju Melayu berserta kain samping!
Itulah yang digayakan watak kartun terkenal SpongeBob SquarePants dan rakan karibnya Patrick Star, bagi mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan kepada umat Islam.
Gambar comel yang dimuat naik menerusi akaun Twitter dan Instagram itu ternyata mendapat perhatian seluruh dunia tanpa mengenali agama dan kaum.
Mana tidaknya, watak SpongeBob pastinya sangat dikenali oleh kanak-kanak dan seisi keluarga di seluruh dunia.
Sebaik sahaja gambar ucapan itu dikongsi di akaun Twitter rasmi @Spongebob ia menerima pelbagai respon daripada peminat.
wishing everyone a Happy Ramadan! pic.twitter.com/iHz1OuYRq7
— SpongeBob (@SpongeBob) April 23, 2020
Ciapan itu mendapat lebih 58,000 'retweet' dan 70,000 jumlah 'likes' dalam masa hanya tiga jam selepas ia dimuat naik di Twitter pada Khamis.
Manakala di Instagram pula, gambar ucapan tersebut mendapat 200,000 jumlah sukaan dalam masa tiga jam.
Rata-rata reaksi menyifatkan gambar tersebut sungguh comel, sekali gus membuktikan ia mampu menyatukan seluruh manusia yang meminati kartun di ruangan komen.
Bukan sahaja dua watak terkenal itu menjadi bahan bualan netizen, malah pakaian tradisi orang Melayu iaitu Baju Melayu dan kain samping turut mendapat perhatian ramai.
Ini di antara reaksi-reaksi menarik netizen menerusi Twitter:
Omg baju melayu and sampin songket
— qis will meet bangtan (@qlstlnaa) April 23, 2020
Chomellnyaaa
— frrhhe (@Fararararararah) April 23, 2020
I love you spongebob
— Kassubag Perencanaan Bikini Bottom (@ReknoG) April 23, 2020
omg spongebob in baju melayu!! so cute
— mallu papi (@shyxmm) April 23, 2020
wait! that style like a traditional melayu cloth
— penggembira (@1000perak) April 23, 2020
Siri kartun SpongeBob SquarePants mempunyai lebih 200 episod, selain berkembang menjadi dua buah filem serta sebuah muzikal Broadway.
Topic Berkaitan
#baju melayu
#Instagram
#kartun
#Patrick Star
#Ramadan
#Spongebob SquarePants
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan