Pelakon kanak-kanak Puteri Balqis Azizi memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Televisyen Asia 2014 yang berlangsung di Singapura malam tadi.
Balqis dicalonkan menerusi drama Balqis arahan Erma Fatima yang disiarkan di TV3.
Pelakon berusia tujuh tahun itu menewaskan pelakon lebih senior dari Singapura, Hong Kong dan Taiwan termasuk pelakon drama Serangoon Road drama terbitan HBO Asia.
Sebelum ini, Balqis memenangi gelaran Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin yang berlangsung November lalu.
Antara drama ikonik yang pernah dibintangi Balqis termasuk Saloma dan Anak Lorong.
Ini merupakan kemenangan kedua pelakon Malaysia dalam kategori lakonan. Kemenangan pertama berpihak kepada pelakon Janet Khoo yang memenangi trofi Pelakon Komedi Wanita Terbaik menerusi drama Mat Dom Teksi terbitan RTM pada tahun 2006.
Sementara itu, di majlis anugerah yang sama Astro turut membawa pulang anugerah Program Hiburan Terbaik yang dimenangi program Battleground 2013 - The Space yang disiarkan di Astro Wah Lai Toi.
Astro Awani
Thu Dec 11 2014

Puteri Balqis bersama trofi Pelakon Wanita Terbaik Asia yang dimenanginya malam tadi.
![AWANI 7:45 [17/08/2022] - Tulisan tangan Ahmad Zahid | Urusan kontrak projek LCS | Jika bersalah tetap bersalah AWANI 7:45 [17/08/2022] - Tulisan tangan Ahmad Zahid | Urusan kontrak projek LCS | Jika bersalah tetap bersalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1983081/21298420541660741732160_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [17/08/2022] - Tulisan tangan Ahmad Zahid | Urusan kontrak projek LCS | Jika bersalah tetap bersalah
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri; 1. Perkembangan terbaharu Skandal LCS dedah arahan Zahid 2. Jawatankuasa dapati tadbir urus Kementerian Pertahanan lemah 3. Hishamuddin sedia didakwa jika terbabit skandal LCS

GiatMara dapat permintaan tinggi terutama daripada lepasan SPM
GiatMara menerima permohonan daripada 7,877 orang terutama dalam kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti pelbagai kursus bagi kemasukan Julai lepas.

Skandal LCS: Tiada dana tambahan untuk kapal pertama - Hishammuddin
Tiada dana tambahan diperuntukkan sekiranya kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia yang pertama tidak disiapkan mengikut jadual.

Taylor's University labur RM1 juta, bangunkan Makmal VORTEX XR
Taylor's University melabur lebih RM1 juta membangunkan Makmal VORTEX XR bagi mewujudkan suasana pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan lebih interaktif seiring pertumbuhan industri teknologi.

Skandal LCS: Pemadaman fakta tidak jejas keseluruhan laporan JKSTUPKK - PAC
Wong Kah Woh memaklumkan ia sejajar keputusan Kabinet pada 10 Ogos lepas yang mengarahkan JPM menyahklasifikasikan laporan berkenaan.

Tiada penampakan ubur-ubur beracun di Pantai Teluk Nipah - Jabatan Perikanan
Siasatan awal Jabatan Perikanan Negeri Perak mendapati tiada penampakan ubur-ubur beracun dan berbahaya kawasan pantai Teluk Nipah di Pulau Pangkor.

Sikap tidak ingin ambil tahu punca Malaysia sukar tangani rasuah - Masidi
Ini terbukti dengan hanya 48 peratus rakyat yang cenderung untuk melaporkan kes salah laku rasuah.

Taylor’s University | Labur RM1 juta, bangunkan Makmal VORTEX XR
Taylor’s University melabur lebih RM 1 juta membangunkan makmal VORTEX XR bagi mewujudkan suasana pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan yang lebih interaktif seiring pertumbuhan industri teknologi realiti lanjutan atau extended reality (XR) di negara ini. Timbalan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Akademik, Prof Dr Pradeep Nair berkata, VORTEX XR yang dikenali sebagai Virtual Online Future Technology and Extended Reality itu berupaya mendekatkan masyarakat, pelajar dan pengajar dengan teknologi terkini sekali gus memenuhi permintaan pasaran kerja XR.

Laporan Khas | Pemilik lot tanah Bukit Tabur bersuara
"Kami hanya mahu berkebun di atas tanah sendiri..." Ini luahan beberapa pemilik lot tanah di Bukit Tabur, yang sebelum ini didakwa cuba menjalankan pembangunan di kawasan berkenaan. Susulan pendedahan Astro AWANI baru-baru ini bertajuk Bukit Tabur makin terabur?, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengesahkan berlaku kerja meratakan tanah tanpa permit di kawasan tersebut. Ikuti penjelasan daripada pemilik lot tanah berhubung situasi sebenar, dan benarkah tindakan mereka bakal merosakan alam sekitar?

Hari Kemerdekaan | Nyanyian Farel Prayoga buat menteri berjoget
Hari Kemerdekaan Indonesia ke-77 disambut meriah di Istana Presiden, Jakarta pada Rabu. Namun mencuri tumpuan pada majlis itu ialah Farel Prayoga yang hanya berusia 12 tahun, apabila dia 'menggoyangkan' istana dengan dendangan lagu berbahasa Jawa, sehingga beberapa menteri turut berjoget bersamanya.

Puteri Balqis menang Pelakon Wanita Terbaik Asia
Pelakon kanak-kanak Puteri Balqis Azizi memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Televisyen Asia 2014.