PENYANYI Ayda Jebat tampil menjelaskan situasi sebenar yang mengaitkan namanya dengan pelakon Redza Rosli yang didakwa kebanyakan pihak bahawa hubungan mereka sudah berakhir.
Kata Ayda, dia berpendirian yang baik-baik sahaja andai ada pihak yang memberikan sebarang spekulasi mengenai hubungan mereka yang dikatakan sudah pun berakhir.
"Bagi saya Tuhan dah tunjukan sebegitu. Tak ada penafian terhadap apa yang berlaku, sekiranya ada. Saya juga tidak menidakkan atau mengiyakan.
"Sejujurnya kami hanya berkawan baik dan tak ada istillah putus cinta pun sebenarnya. Yang penting, saya cuba bersikap profesional dan akan berkerja dalam cara yang baik, dan rasanya begitu juga dengan dirinya.
"Malah sebelum ini pun, kami memang profesional juga, cuma mungkin pada ketika itu hubungan kami diperkatakan kerana sering dilihat bersama," kata Ayda kepada Gempak.
Terdahulu, penyanyi Temberang ini di temui ketika pada majlis pelancaran produk kosmetik, Aurawhite dalam pakej Aurawhite Sparkle Diamond Collagen Travel Pack ho Palace of Golden Horses, Kuala Lumpur semalam.
Tidak mahu memberi komen panjang, Ayda mengakui dia perlu menjaga hati banyak pihak.
"Sejujurnya juga, ada beberapa pihak yang saya perlu jaga hati mereka, bukan sahaja diri saya, malahan di pihak sana juga.
"Pada masa sama, kami juga sudah bersetuju untuk tidak memberikan apa-apa kenyataan. Rasanya itu adalah yang terbaik," jelas Ayda lagi.
Dalam pada itu, dia terkejut apabila ada pihak yang cuba mengaitkan hubungannya mulai renggang berpunca dari seorang pelakon wanita lain.
"Saya juga sebenarnya terkejut apabila ada yang mengaitkan namanya," ujar Ayda.
Bagaimanapun, Ayda bersikap matang dan punyai jawapan tersendiri.
"Bagi saya tak perlu nak kaitkan perkara ini dengan orang lain," katanya tenang.
Gempak
Thu Jul 18 2019

Kata Ayda, dia berpendirian yang baik-baik sahaja andai ada pihak yang memberikan sebarang spekulasi mengenai hubungan mereka yang dikatakan sudah pun berakhir.

Diplomatik | Hubungan Malaysia dan Arab Saudi semakin erat
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meneruskan lawatan rasmi ke Arab Saudi dengan melakukan ziarah di Madinah. Pada 8 Mac beliau akan meneruskan perjalanan ke Riyadh menandakan bermulanya pertemuam rasmi bersama pemimpin tertinggi Arab Saudi. Butiran lanjut bersama wartawan Najib Aroff.

Parlimen | Faktor ramai orang tua hanya alasan - Tun M
Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan yang dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang menyatakan, Parlimen tidak boleh bersidang dalam tempoh terdekat kerana ramai Ahli Parlimen dalam kumpulan berisiko, adalah alasan semata-samata.

RMK-12 | Dibentang sebaik Parlimen bersidang - Mustapa
Draf Rancangan Malaysia Ke 12 (RMK12) sudah siap sepenuhnya dan akan dibentangkan sebaik Parlimen bersidang kelak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, draf berkenaan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

COVID-19 | Kerajaan laksana PKPD di Kampung Tringgus, Kuching
Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Tringgus, Bau, bahagian Kuching, Sarawak bermula 12:01 malam ini, sehingga 21 Mac 2021.

Politik | UMNO akan jatuh jika 'berpisah' dengan Bersatu - Tun M
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kerajaan sedia ada tidak mampu kekal, sekiranya UMNO membuat keputusan untuk memutuskan kerjasama dengan Bersatu. Menurutnya, kedua-dua parti itu memerlukan antara satu sama lain kerana kerjasama membabitkan beberapa parti yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional ketika ini berada pada keadaan goyah selepas tindakan beberapa Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadap Perdana Menteri.

COVID-19: 1,683 jangkitan baharu, 24 kes dikesan di Perlis
Sejumlah 1,683 kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran di akaun Twitter peribadinya memaklumkan, negeri Selangor terus mencatatkan kes tertinggi dengan 746 jangkitan baharu.

Jenayah: Dua sahabat diberkas buat senapang angin
Gara-gara cuba menjadi kreatif dengan membina senapang angin sendiri, dua sahabat menerima padah apabila diberkas pihak polis dalam serbuan di sebuah bengkel kereta di Dungun pada petang Rabu.
![[INFOGRAFIK] Statistik harian kes COVID-19 mengikut negeri (07 Mac 2021) [INFOGRAFIK] Statistik harian kes COVID-19 mengikut negeri (07 Mac 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1894116/8967789641615117841312_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Statistik harian kes COVID-19 mengikut negeri (07 Mac 2021)

5 perkara penting dalam kenyataan media KKM - 07 Mac 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

5 perkara penting kenyataan media harian PKP - 07 Mac 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Ayda Jebat, Nabil Mahir selamat diijab kabul
Pasangan itu membuka tirai perkahwinan selebriti tanah air bagi kalendar 2021.

Ayda Jebat, Nabil Mahir umum nikah 1 Januari 2021
Keputusan memilih tarikh berkenaan dibuat pasangan itu bagi memudahkan mereka mengingati hari bahagia.

Normal Baharu: Industri muzik tempatan maju kerana PKP
Kehidupan normal baharu akibat wabak pandemik COVID-19 bukan alasan bagi mereka dalam industri hiburan untuk berasa murung dan mundur.

PKP: Ayda Jebat, Nabil Mahir bertunang secara dalam talian
Pasangan itu turut memuat naik gambar mereka di atas pelamin, dipercayai menggunakan teknik suntingan

Ayda Jebat lakar rekod setinggi 38,000 kaki dari paras laut
Wow! Tahniah Ayda!

Putus dengan Redza Rosli? Ini penjelasan Ayda Jebat!
Betul ke ni?

Jadi duta 8 jenama, Ayda Jebat jaga nilai eksklusiviti
Alhamdulillah, rezeki...

'Temberang' Ayda Jebat ajak lelaki berdangdut
Ayda Jebat menyifatkan penantian selama hampir dua tahun untuk mengeluarkan single ini amat berbaloi.

Tak sampai 48 jam, Temberang Ayda Jebat trending no 1 di YouTube
Aduh, aduh aduh....

OPPO F9 memperkenalkan Starry Purple
Pengarah penjenamaan OPPO Malaysia, Nikki Chen menyatakan pemilihan Starry Purple adalah untuk memberikan lebih banyak pilihan dan menarik perhatian pengguna muda.