Skip to main content

Hiburan

Powderfinger umum jelajah pertama selepas 17 tahun

Antara lagu popular mereka ialah My Happiness, These Days, Sunsets dan On My Mind. - Foto X/@rollingstoneaus
Antara lagu popular mereka ialah My Happiness, These Days, Sunsets dan On My Mind. - Foto X/@rollingstoneaus

Advertisement

Ringkasan AI

  • Kumpulan rock Australia, Powderfinger, mengumumkan jelajah konsert pertama mereka dalam 17 tahun selepas berpisah, menggembirakan peminat setia.
  • Jelajah bermula di Brisbane pada September tahun depan, diikuti persembahan di Cairns, Sydney, Adelaide, Perth dan Melbourne dalam khemah gergasi bersaiz stadium.
  • Powderfinger menghargai sokongan peminat lama dan baharu, namun setakat ini tiada persembahan di luar Australia diumumkan.

SYDNEY: Kumpulan rock ikonik Australia, Powderfinger, mengumumkan jelajah konsert pertama mereka dalam tempoh 17 tahun selepas berpisah, sekali gus menggembirakan peminat yang menantikan kemunculan semula band itu.

Kumpulan yang berpangkalan di Brisbane itu memulakan jelajah berkenaan dengan empat persembahan di bandar kelahiran mereka pada September tahun depan sebelum meneruskan konsert di Cairns, Sydney, Adelaide, Perth dan Melbourne.

Kesemua persembahan akan berlangsung di dalam khemah gergasi bersaiz stadium.

Dalam kenyataan pada Isnin, anggota Powderfinger menyatakan mereka teruja untuk kembali beraksi di pentas selepas sekian lama.

"Selama bertahun-tahun ramai mencadangkan kami kembali menjelajah, tetapi sehingga kini masa yang sesuai belum tiba untuk semua ahli kumpulan.

"Kami amat menghargai sokongan berterusan peminat lama dan juga generasi baharu yang tidak pernah berpeluang menyaksikan persembahan kami secara langsung," kata kumpulan itu.

Powderfinger merupakan antara kumpulan rock paling berjaya di Australia dengan tujuh album studio, termasuk Odyssey Number Five yang dipilih sebagai album terbaik Australia sepanjang zaman oleh pendengar stesen radio Triple J pada 2011.

Antara lagu popular mereka ialah My Happiness, These Days, Sunsets dan On My Mind.

Sejak pembubaran kumpulan itu, vokalis Bernard Fanning meneruskan kerjaya solo, manakala pemain bass John Collins terlibat dalam pembangunan beberapa venue muzik utama di Brisbane.

Setakat ini, tiada persembahan di luar Australia diumumkan.

 

 

Must Watch Video

Advertisement