awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
Pahang tidak berkompromi pemaju gagal siap projek perumahan rakyat
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Radhi OAG tolak kereta rosak tengah jalan raya dipuji

Gempak
Gempak
27/03/2023
05:30 MYT
Radhi OAG tolak kereta rosak tengah jalan raya dipuji
Rata-rata netizen memuji tindakan Radhi itu dan mendoakan kesejahteraan buat penyanyi itu atas pertolongan yang diberikan. - Gempak
NAMA vokalis kumpulan OAG, Radhi menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial selepas tular video memperlihatkan penyanyi itu menghulurkan bantuan kepada seorang wanita di jalan raya.
Menerusi perkongsian video di TikTok, wanita berkenaan tidak menyangka seorang artis terkenal sanggup berlari ke keretanya yang bermasalah di tengah-tengah kesesakan jalan raya.
Difahamkan kereta wanita berkenaan secara tiba-tiba kehabisan bateri ketika menunggu lampu isyarat.
Selang beberapa minit kemudian datang seorang lelaki berlari ke arahnya untuk memberikan bantuan dan lelaki itu adalah Radhi OAG.
“Saya tolak, saya tolak,” kata Radhi kepada wanita berkenaan.
Kemudian Radhi dilihat pergi ke belakang kereta wanita berkenaan dan menolak kenderaan tersebut seorang diri.
Pada ketika itu juga, anak lelaki Radhi turun daripada kereta untuk melihat di mana bapanya berada.
Bagaimanapun, Radhi meminta anak lelakinya itu untuk pergi semula ke kereta mereka dan dia terus menyambung semula menolak kereta wanita berkenaan.
Rata-rata netizen memuji tindakan Radhi itu dan mendoakan kesejahteraan buat penyanyi itu atas pertolongan yang diberikan.
“Hebatnya manusia ini, menolong dalam keadaan payah dan tanpa mengenali. Moga Allah limpahkan sebesar-besar rahmatNya kepada insan ini.
“Alhamdulillah terbaik abang. Ada abang Radhi yang sanggup tolak dengan panas-panas ini. Semoga diberkati Allah. Amin.
“Allahuakbar, cantik aturannya. Alhamdulilah dia datang tolong… Radhi OAG ini memang bagus, saya kenal dia dari lepak Hard Rock lagi. Rezeki awak bro,” komen netizen. -Gempak
Topic Berkaitan
#radhi OAG
#tolak kereta
#tengah panas
#vokalis kumpulan OAG
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan