Astro Radio telah mencatatkan jumlah pendengar tertinggi dalam tempoh masa 9 tahun (Hasil 16 kajian berturut-turut) dengan peningkatan sebanyak 55%.
Gelombang Astro Radio sekali lagi turut mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju kedudukan sebagai stesen radio No.1 Malaysia dengan memperoleh 12.645 juta pendengar setiap minggu.
Keputusan ini diperolehi berdasarkan keputusan kaji selidik yang dikeluarkan oleh Pengukuran Pendengar Radio Nielsen, Liputan 1, 2014 pada minggu ini.
Hasil kajian mengesahkan bahawa stesen radio No.1, No.2 dan No.3 di negara ini adalah kekal milik Astro Radio.
Secara tidak langsung, Astro Radio juga telahpun menguasai industri penyiaran radio apabila berjaya mengekalkan kedudukan ERA fm di kedudukan No.1 dengan mencatatkan jumlah pendengar yang luar biasa iaitu sebanyak 5.2 juta.
Manakala THR (Raaga & Gegar) pula jatuh di tangga di stesen radio No.2 secara keseluruhannya dengan mencatatkan 3.5 juta pendengar. Setersunya, SINAR fm menduduki carta stesent radio No.3 negara dengan jumlah 3.4 pendengar.
THR Gegar, terus menggondoli kedudukan stesen No.1 kegemaran di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, yang merangkumi negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan catatan1.6 juta pendengar.
Sementara THR Raaga pula masih tidak berganjak dari kedudukan lama dengan mengekalkan kekuatan gelombangnya sebagai sebagai stesen No.1 Tamil dengan 1.8 juta pendengar.
Oleh itu, secara keseluruhannya ERA fm, hitzfm, MY FM dan THR Raaga telah pun mengekalkan frekuensi mereka dengan memegang takhta sebagai radio No.1 mengikut bahasa seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan bahasa Tamil.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio, Dr Jake Abdullah, dunia radio telah berkembang dengan ketara sepanjang dekad yang lalu, malah radio tidak lagi hanya mengambil kira jenis muzik yang dimainkan melalui pelbagai frekuensi.
"Astro Radio juga perlu lebih mendalam dalam melaraskan isi kandungan, strategi pemasaran yang agresif serta sentiasa mengkaji penonton untuk menyampaikan keperluan penonton yang sentiasa berubah hari ini.
"Kami telah berubah daripada hanya menjadi sebuah stesen radio kepada pembekal kandungan dan penyampai maklumat yang penuh terperinci di mana dan poda bila – bila masa sahaja pendengar kami mahukannya.
"Pendengar – pendengar Astro Radio sangat penting, oleh itu kami akan pergi lebih agresif bagi memastikan kepuasan yang diberikan kepada pedengar mengikut era perkembangan masa," katanya.
Jelas Dr Jake lagi, sebagai mewakili pihak Astro Radio, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak penaja, syarikat-syarikat pengiklanan dan rakan –rakan kongsi di atas kepercayaan dan keyakinan mereka terhadap Astro Radio untuk sokongan berterusan mereka.
"Kami akan terus berusaha untuk mengekalkan keduduakn kami sebagai peneraju industri penyiaran radio. Sebahagian daripada strategi Go Beyond, kami semestinya menyediakan pengalaman menarik kepada pendengar dengan penghasilan kandungan hiburan yang terkemuka dalam industri tanpa mengira platform.
"Pada hari ini, pendengar boleh mengakses Astro Radio selama 24 jam setiap hari melalui aplikasi telefon bimbit android mahupun laman web di mana dan pada bila-bila masa sahaja," katanya.
*Sumber : Pengukuran Pendengar Radio Nielsen, Liputan 1 , 2014.
Gempak
Sun Jun 08 2014
Radio ERA fm kekal nombor 1 di Malaysia
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Kami Care Misi Banjir: 40 penyampai dari 13 stesen Astro Radio turun padang
Astro Radio dengan kerjasama Yayasan Astro Kasih telah menganjurkan kempen Kami Care Misi Banjir yang berlangsung pada 7 Disember 2024 di kawasan parkir LOTUS Cheras, dari jam 10 pagi hingga 5 petang.
Pelanggan datang ke gerai tiba-tiba makan 'free', Pak Azad 3 Pagi ERA belanja makan! Apa cerita?
Pengacara 3 Pagi ERA, Azad Jasmin atau lebih mesra disapa dengan panggilan 'Pak Azad' hari ini membuat kejutan apabila membelanja makan semua pelanggan di beberapa gerai di Lembah Kelang.
SYOK harumkan nama Malaysia, raih 3 anugerah terbaik di Asia Podcast Awards 2024
Anugerah yang dimenangi SYOK ialah Penerbit Podcast Terbaik - Syok, Podcast Sukan Terbaik - Suited & Booted, dan Podcast Temu Bual Terbaik - Muzik Roundtable.
Astro Radio perkenal penyampai radio baharu untuk segmen pagi HITZ, LITE dan MIX
Astro Radio tampil mengumumkan barisan penyampai radio baharu untuk stesen radio bahasa Inggeris iaitu HITZ, LITE dan MIX.
Astro Radio-Etika: OR1 FM dengan WONDA Kopi Tarik cipta sejarah
Ia menjadi Stesen Radio Terbanyak Yang Menyiarkan Kandungan Sama Secara Serentak yang diiktiraf oleh Malaysian Book of Records.
Radio ERA, Sinar kekal jadi pilihan utama rakyat Malaysia - Kajian RAM
Saluran Astro Radio mempertahankan kedudukan sebagai pilihan utama pendengar dengan stesen-stesen terkemuka seperti ERA, Sinar dan Hitz FM kekal menguasai carta tahun ini.
Aidilfitri: PLUS jalin kerjasama dengan Astro Radio, Celcom dan MOTAC salur maklumat trafik
Pelanggan lebuh raya memerlukan maklumat terkini yang dapat membantu mereka membuat keputusan serta merancang perjalanan.
Banjir: Astro Radio kumpul keperluan harian, bantu mangsa
Kempen itu sedikit sebanyak mampu meringankan beban yang terpaksa dihadapi mereka pada saat mencabar ini.
Astro Radio cecah 15.6 juta pendengar mingguan, tertinggi dalam negara
Ia adalah berdasarkan kajian yang dibuat GfK Radio Audience Measurement (RAM) Wave 2, 2021.
Aplikasi SYOK tawar 60 stesen radio dalam talian
Stesen baharu di SYOK membolehkan pengguna untuk strim genre dan kategori muzik kegemaran selain pelbagai berita terkini.