awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’

Astro Awani
Astro Awani
24/01/2025
03:40 MYT
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Radio Sinar kembali menggunakan slogan Muzik Retro Terbaik sebagai langkah strategik bagi memastikan ia kekal relevan serta terus dekat di hati pendengar. - Foto Astro Radio
KUALA LUMPUR: Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kembali memperkenalkan slogan ‘Muzik Retro Terbaik’.
Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’ yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
Menurut Pengurus Jenama Sinar, Zureen Effandi, keputusan untuk kembali memperkenalkan slogan ini adalah langkah strategik bagi memastikan Sinar kekal relevan serta terus dekat di hati pendengar.
Malah, dengan slogan baharu ini, Sinar berharap dapat memberikan nafas baharu kepada pendengar melalui kandungan muzik dan lagu-lagu yang lebih menggamit memori.
Slogan baharu radio Sinar: 'Muzik Radio Terbaik'
Slogan baharu radio Sinar: 'Muzik Radio Terbaik'
“Slogan 'Muzik Retro Terbaik' sangat bertepatan kerana majoriti pendengar Sinar berusia 30 tahun ke atas.
“Slogan ini pernah digunakan sebelum ini, namun kini ia diperkenalkan semula berdasarkan trend dan permintaan semasa pendengar," katanya.
Zureen turut menjelaskan, pemilihan lagu-lagu era 80-an dan 90-an akan terus menjadi teras kepada identiti Sinar.
"Lagu-lagu era 80-an dan 90-an adalah keunikan kami dan ia sinonim dengan konsep yang telah lama membentuk jenama Sinar.
“Untuk lagu-lagu baharu pula, kami tetap akan memutarkannya, namun jumlahnya hanya sekitar 10 peratus sahaja.
“Kami percaya ini adalah keseimbangan terbaik untuk mengekalkan keistimewaan kami sambil memenuhi kehendak pendengar,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Dalam masa sama, beliau mengajak pendengar setia untuk terus memberikan sokongan kepada Sinar sebagai satu-satunya stesen radio yang mengutamakan lagu-lagu retro untuk membangkitkan kenangan indah mereka.
Untuk maklumat lanjut mengenai berita, aktiviti dan kemaskini terkini, sila layari laman media sosial rasmi Sinar.
Topic Berkaitan
#Radio SINAR
#Muzik Retro Terbaik
#Zureen Effandi
#Astro Radio
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan