GOMBAK: Sepanjang mengenalinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin disifatkan pelakon dan pelawak terkenal, Rahim Mat Ali seorang yang tinggi adab dan pekertinya.
Kata Rahim, 50, isteri kepada sahabat karibnya, Shuib itu juga seorang yang mudah didekati dan menghormati orang lain.
Bahkan, ujar Rahim, apa yang dikaguminya mengenai Siti Sarah ialah, Allahyarham sentiasa berada di belakang suaminya menyokong setiap usaha Shuib.
"Bila saya berkawan dengan suami dia, isterinya adalah kawan baik saya dan sepanjang perkenalan kami memang seorang yang mudah didekati, penuh dengan adab, berbudi Bahasa. Allahyarham sentiasa berada di belakang Shuib memberi sokongan moral kepadanya,” kata Rahim kepada Astro AWANI ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu di sini, pada Isnin.
BACA: Tulisan terakhir buat Siti Sarah...
BACA: "Anak-anak belum tahu ibu mereka sudah tiada" - Shuib
Sebaik menerima berita pemergian Siti Sarah ke rahmahtullah akibat jangkitan COVID-19 pada awal pagi ini, perkara pertama yang terlintas di fikiran Rahim ialah bagaimana keadaan Shuib.
Kata Rahim, seperti yang diketahui ramai, Shuib dan isterinya merupakan pasangan yang ideal dan sering berdua-duaan ke mana-mana sahaja.
"Sebab tadi masa saya sampai (ke tanah perkuburan) saya cari Shuib sebab muka dia kosong, sunggul, sedih bila dia bercakap saja berlinang air mata, jadi saya sebagai kawan rapat turut rasa kesedihan itu,” ujar Rahim.
Selain mengenali Siti Sarah sebagai seorang yang berperibadi menawan, sifat pemurah Allahyarham dan suaminya juga sangat dicemburui Rahim.
Justeru, jelasnya, dia tidak terkejut kerana ramai orang tidak putus-putus mendoakan Siti Sarah ketika Allahyarham sedang bertarung dengan nyawa sehinggalah jenazahnya dibawa ke liang lahad.
"Tidak terkejut ramai orang mendoakan dia (Allahyarham Siti Sarah). Sebab mereka ini suami isteri orang baik, masa saya turut sama menyempurnakan jenazah tadi, Alhamdulilah cuaca pun memudahkan.
"Saya juga mendoakan agar Shuib terus kuat, masih lagi ramai perlukan dia, anak-anak dia, staf dia, dia kena kuat. Saya doakan agar segala urusan dia dipermudahkan. Saya yakin, segala dugaan ini adalah harga yang perlu dibayar untuk hikmah yang akan datang," jelas Rahim lagi.
Rahim antara yang diberi peluang mengiringi Shuib dalam menyempurnakan upacara pengebumian Allahyarham Siti Sarah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu.
Rahim bersama Shuib dan dua lagi waris keluarga dibenarkan memakai pakaian perlindungan peribadi (PPE) bersama petugas dari Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HTCM).
Jenazah Allahyarham Siti Sarah selamat dikebumikan kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi.
BACA: COVID-19: Dr Noor Hisham, Najib Razak, Anwar Ibrahim ucap takziah atas pemergian Siti Sarah
BACA: Belasungkawa: Siti Sarah dalam ingatan
Fareez Azman
Mon Aug 09 2021
Rahim Mat Ali (kanan) menemani Shuib (dua dari kanan) kedua-duanya mengenakan (PPE) ketika menguruskan pengebumian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak pada Isnin. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Ajai dedah lagu Kesetiaan bukan asalnya milik arwah Siti Sarah
Ajai berkata, pada asalnya lagu Kesetiaan itu dicipta dan telah dirakamkan oleh artis wanita lain.
Video ‘throwback’ momen Shuib bersama Siti Sarah di Mekah buat netizen rindu
Antara momen yang dikongsikan di video tersebut memperlihatkan pasangan itu sedang berjalan di dalam Masjidil Haram sambil berbual.
Menang saman fitnah, Shuib salur wang ke tabung Palestin
SELEBRITI dan usahawan terkenal, Shuib menang saman fitnah terhadap pengguna media sosial, John Dihani atau nama sebenarnya Md Johan Dihani Mohd Zaidi.
GV10: "Kalau arwah masih ada..." - Liza Hanim
Liza Hanim terkenang sahabatnya, Allahyarham Siti Sarah.
Shuib nekad teruskan saman fitnah
Shuib tetap dengan pendirian untuk meneruskan saman fitnah yang mengaitkan diri serta arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin sebagai ahli Freemason.
Pakai jubah, tudung pemberian Siti Sarah, netizen doakan Nora Danish istiqamah
Penampilan Nora yang sopan dan sederhana itu mendapat pujian daripada netizen.
Kongsi video sebak kenangan akhir, Shuib mahu bersihkan nama Siti Sarah
Sedih dengan fitnah, Shuib berkata dia akan mencuba sehabis baik untuk membersihkan semula nama arwah Siti Sarah yang terkait dengan isu tersebut.
Tuduhan ini melampau! Macam saya yang bunuh isteri saya - Shuib
Shuib menyifatkan tuduhan dia 'membunuh' Allahyarham Siti Sarah dengan memaksa arwah isterinya untuk ditidurkan sebagai melampau.
Burukkan nama arwah isteri, dituduh ahli organisasi 'F', Shuib bidas dakwaan netizen
Shuib berkata, dia melihat perkara tersebut sebagai satu tuduhan dan fitnah yang melampau.
Mamat dedah punca tidak hadir majlis pernikahan Shuib
Mamat berkata dia ada menghubungi Shuib pada hari pernikahan rakannya itu untuk mengucapkan tahniah.