awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lenyapnya Bazar Lama Kampar, hilang satu lagi bangunan warisan di Perak
[KOLUMNIS] Bersama pastikan hidupan liar tidak terus mati dilanggar
Tempok, simbol identiti masyarakat Orang Asli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rahsia di sebalik poster filem Captain Marvel, ada 'superhero' si bulus pula?

Yuzir Harafi
Yuzir Harafi
21/09/2018
11:57 MYT
Rahsia di sebalik poster filem Captain Marvel, ada 'superhero' si bulus pula?
Rahsia disebalik poster filem 'Captain Marvel'. Ada superhero berbulu dan gebu yang baru?
TRAILER filem ‘Captain Marvel’ terbitan Marvel Studios telah dilancarkan di YouTube pada 18 September 2018 yang lalu.
Meskipun baru sahaja dilancarkan, tontonan trailer filem itu telah pun mencecah 30 juta tontonan!
Pada hari yang sama juga, poster rasmi filem tersebut telah tular di media sosial dan jika dilihat dengan mata kasar ianya kelihatan seperti poster filem superhero yang biasa tetapi sebenarnya tidak.
Ada sedikit 'easter egg' yang ditinggalkan Marvel dalam poster filem ‘Captain Marvel’.
Punggung seekor kucing ada di dalam poster?
Ya, anda tidak salah baca. Jika dilihat poster filem ‘Captain Marvel’ pada bahagian bawah kiri, anda akan dapat lihat punggung dan kaki seekor kucing gebu, termasuk ekornya. Cuba lihat poster ini sekali lagi dengan teliti.
Poster filem 'Captain Marvel'. - Twitter @CaptainMarvel
Poster filem 'Captain Marvel'. - Twitter @CaptainMarvel
Jarvis, tolong analisa poster filem ini...
Kelihatan punggung seekor kucing di dalam poster filem 'Captain Marvel'.
Kelihatan punggung seekor kucing di dalam poster filem 'Captain Marvel'.
Siapa kucing itu?
Sebenarnya ia bukanlah seekor kucing tetapi makhluk asing yang menyamar menjadi seekor kucing untuk menemani Carol Danvers/Captain Marvel ketika menjelajah ke angkasa lepas dan menjadi haiwan peliharaannya. Nama yang diberi kepada kucing tersebut ialah adalah Chewie, kerana kucing itu mengingatkannya kepada watak Chewbacca dari Star Wars.
Chewie diperkenal pada tahun 2006 di dalam komik Marvel Giant Size Ms.Marvel edisi 1. Tetapi, jangan terpedaya dengan kecomelan Chewie kerana sebenarnya Chewie adalah makhluk asing yang dikenali sebagai Flerken.
Rocket Raccoon hampir membunuh Chewie tetapi dihalang oleh Captain Marvel. - Marvel Comics
Rocket Raccoon hampir membunuh Chewie tetapi dihalang oleh Captain Marvel. - Marvel Comics
Flerken adalah sejenis makhluk asing yang mempunyai kuasa yang dahsyat dan sangat kuat tetapi rupanya menyerupai seekor kucing. Dalam komik Marvel, Rocket Raccoon juga hampir membunuh Chewie kerana Chewie adalah Flerken dan ia sangat merbahaya.
Captain Marvel adalah watak yang sangat penting kerana beliau dikatakan mampu membantu Avengers untuk membunuh Thanos.
Filem 'Captain Marvel' yang menampilkan Brie Larson sebagai Carol Danvers/Captain Marvel dijadualkan ditayang pada bulan Mac 2019.
Topic Berkaitan
#Avengers
#Captain Marvel
#Easter Egg
#filem
#Marvel
#Marvel Cinematic Universe
#MCU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan