awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ramai harap Polis Evo 2 kutip lebih RM40 juta - Shaheizy Sam

Astro Awani
Astro Awani
24/11/2018
03:30 MYT
Ramai harap Polis Evo 2 kutip lebih RM40 juta - Shaheizy Sam
Selain Shaheizy Sam, Polis Evo 2 turut dibintangi Zizan Razak, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira dan ramai lagi ditayangkan di lebih 146 pawagam di seluruh negara dan Brunei.
TERKEJUT dan gembira.
Demikian kata Shaheizy Sam ketika ditanyakan perasaannya mengenai fenomena filem Polis Evo 2.
“Saya rasa terkejut dan gembira dengan kutipan RM3.5 juta untuk Polis Evo 2 ketika hari pembukaannya Khamis lepas,” itu reaksi pertama pelakon yang memegang watak Inspektor Khai ini.
Katanya, segala penat lelah dan usaha krew produksi berbaloi dengan penerimaan awal yang baik daripada penonton ini.
Shaheizy turut berharap filem itu dapat ditonton seluruh masyarakat tanpa mengira kaum kerana ia adalah filem yang boleh dibanggakan Malaysia.
“Saya bersyukur ramai yang berharap Polis Evo 2 mendapat kutipan lebih RM40 juta, seperti filem tempatan yang lain.
“Saya juga yakin sekiranya kutipan filem ini lebih tinggi, pihak produksi akan membuat pelaburan yang lebih besar untuk sambungan Polis Evo 3 pula nanti,” kata Shaheizy ketika ditemu bual dalam program Komen Pagi.
BACA: 'Polis Evo 2' cetus fenomena, kutip RM3.5 juta tayangan pembukaan
Shaheizy turut yakin penonton akan memberi sokongan kepada filem tempatan sekiranya ia dihasilkan dengan kualiti yang baik.
Padat dengan aksi, jalan cerita yang menarik, serta keserasian di antara pelakon, memungkinkan filem ini menjadi rencah yang cukup untuk mendapat ‘review’ yang baik dari penonton.
“Inilah hasil kerja anak-anak Malaysia, saya percaya penonton akan bangga dengan produk Malaysia ini dan akan sokong filem ini bersama,” katanya.
Pelakon ini turut mengingatkan penonton agar tidak melakukan rakaman secara langsung di media sosial ketika menonton filem ini.
“Filem ini kena ‘enjoy’, tengok di pawagam. Jadi, janganlah buat ‘live streaming’ dan kongsi di media sosial. Sebab, itu adalah perbuatan cetak rompak."
Selain Shaheizy Sam, Polis Evo 2 turut dibintangi Zizan Razak, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira dan ramai lagi ditayangkan di lebih 146 pawagam di seluruh negara dan Brunei.
BACA: Golden Screen Cinemas ada cara tangani penonton rakam secara haram
Topic Berkaitan
#Erra Fazira
#Hasnul Rahmat
#Polis Evo 2
#Raline Shah
#Shaheizy Sam
#Zizan Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan