Pelakon, Aeril Zafrel mendapat perhatian netizen selepas membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah buat isterinya, Wawa Zainal.
 
Bukan biasa-biasa, sebaliknya kereta yang dihadiahkan itu merupakan kenderaan pacuan empat roda edisi khas jenis Brabus 900 Rocket Edition.
 
Aeril berkongsi momen gembiran itu dengan memuat naik satu video pendek di akaun Instagram miliknya.
 

“Akhirnya dapat juga hadiahkan si orange ni untuk dia. Kalau marah marah lagi tak tahulah aku, sweet tak I?" coretnya.


 
Bukan cukup dengan kereta, malah sejambak bunga ros oren dan juga beberapa kotak beg tangan mewah berjenama Hermes juga turut kelihatan.
 
Dalam pada itu di ruangan komen rata-rata netizen terharu melihat cara Aeril menghargai dan melayani isterinya dengan penuh kasih sayang.

Tidak hanya netizen, malah rakan artis juga turut mendoakan kebahagiaan pasangan romantis ini.

Terdahulu, Aeril dan Wawa telah mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2012 dan hasil perkahwinan itu, pasangan ini telah dikurniakan empat cahaya mata. - Gempak