awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah ceroboh tanah persendirian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rangkuman Cerita Artis Sepanjang 2012

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
01/01/2013
02:44 MYT
Rangkuman Cerita Artis Sepanjang 2012
1. Sepanjang 2012 kita disajikan dengan cerita artis yang mengakhiri zaman bujang mereka. Antara artis yang berkahwin pada tahun ini ialah Lisa Surihani dan Yusri KRU, Awal dan Scha, Ana Raffali, Azza Elite, Fasha Sandha, Ella, dan Betty Benafe.
2. Tidak kurang juga berita perceraian artis sepanjang 2012 antaranya Chef Riz dan Ana Dahlia, Rita Rudaini dan Aidil, Sasha Saidin dan Sailo, Raja Azmi dan Jailani Sidek, Sharifah Aleya dan Ashraf dan Dato’Aziz Sattar.
3. Ibu tunggal, Nabila Huda bikin kontroversi dengan berpakaian seksi ke Anugerah Blockbuster baru-baru ini. Gaun labuh yang berwarna hitam yang dipakai Nabila telah menampakkan bahagian perut dan pehanya. Walaupun dikritik, Nabila tampak tidak terganggu, sebaliknya berseloroh di twitter yang gaun tersebut ditaja.
4. Penghijrahan Abby Abadi dianggap positif namun penglibatan pelakon tersebut ke dalam parti politik telah menimbulkan kontroversi bila Abby dilihat banyak mengeluarkan komen di twitternya mengenai rakan artis yang tidak bertudung dan mengkritik kerajaan, kakitangan awam serta parti politik Umno.
5. Neelofa dikatakan artis kontroversi untuk tahun 2012 bila namanya melonjak dengan cerita-cerita hangat sepanjang tahun ini. Antaranya adalah kontroversi persengketaannya dengan pelakon, Anzalna Nasir. Anzalna telah tampil mendedahkan sikap buruk Neelofa yang suka menghinanya dan cuba menjatuhkannya ketika mereka berdua berada di dalam pertandingan Dewi Remaja (2010).Kenyataan Anzalna itu telah menyebabkan Neelofa mengambil tindakan mahkamah . Kes ini akhirnya dapat diselesaikan selepas campur tangan Presiden Seniman, Zed Zaidi.
6. Kisah percintaan pelakon dan pengacara Anne Ngasri dan penyanyi Aliff Aziz telah berakhir pada hari raya yang lalu apabila banyak kontroversi yang melanda perhubungan mereka yang melibatkan artis-artis wanita seperti Zarina Anjoulie dan Adira. Namun begitu, baru-baru ini Anne telah selamat dinikahkan dengan seorang ahli politik dan berharap perkahwinannya kali ini kekal hingga ke akhir hayat.
7. Mana tahu usikan Shila Amzah terhadap kekasihnya Sharnaaz Ahmad telah menjadi antara cerita menarik pada tahun 2012. Ianya berpunca bila Shila mengatakan bahawa Sharnaaz merajuk serta cemburu bila dia dan Taufik Batisah berduet pada Anugerah Planet Muzik (2012). Oleh kerana itu, Sharnaaz Ahmad dikatakan telah menghantar tweet marah-marah kepada Shila. Namun keesokan harinya, Sharnaaz telah meminta maaf dan mengeluarkan kenyataan yang akaun twitternya telah digodam.
8. Gosip percintaan antara pelakon Zain Saidin dan Rozita Che Wan bukanlah sesuatu yang baru. Namun begitu baru-baru ini Zain telah meletakkan gambar Rozita Che Wan di entri Instagramnya dengan kata-kata yang romantis. Sehingga kini tiada komen dari Rozita Che Wan mengenai perkara tersebut.
9. Dato’ Siti Nurhaliza telah menarik diri daripada Konsert Jelajah Ekspresi Karya Gemilang di Banjarmasin, Indonesia berikutan kemalangan yang menimpa suaminya , Dato’ Khalid Mohd Jiwa semasa menunggang motorsikal berkuasa tinggi Harley Davidson bersama kawan- kawannya di Queenstown, New Zealand.
10. Paling baru kita dikejutkan dengan kontroversi yang melanda pelakon yang pernah popular dengan darama siri Dunia Anita, Siti Fazurina Mohd Famir. Dia dikatakan telah bernikah di Sungai Penang, Pulau Pinang tanpa pengetahuan ahli keluarganya termasuk ibunya. Namun begitu kemelut yang melanda keluarganya telah selesai apabila dia sendiri telah menyesal dengan perbuatannya dan meminta maaf daripada ibunya.
Topic Berkaitan
#Abby Abadi
#Anne Ngasri
#Neelofa
#Rita Rudaini
#Shila Amzah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan