awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remy Ishak akui berdebar hitung hari bahagia

Astro Awani
Astro Awani
19/08/2021
14:57 MYT
Remy Ishak akui berdebar hitung hari bahagia
Remy mengatakan dia hanya membuat persiapan sederhana untuk menempuh hari bahagia tersebut. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Aktor Remy Ishak yang bakal bernikah pada 21 Ogos 2021 mengaku berdebar menghitung hari bahagianya.
Remy mengatakan dia hanya membuat persiapan sederhana untuk menempuh hari bahagia tersebut.
"Untuk saya tak ada dream wedding, jarang lelaki ada dream wedding. Kalau dapat majlis akad nikah dihadiri kedua famili, dilakukan secara sederhana macam ni pun dah cukup," katanya.
Terdahulu, Remy membuat pengumuman akan menamatkan zaman bujang menerusi temubual eksklusif bersama Gempak TV yang disiarkan di Astro Ria.
Hal itu lantaran majlis pernikahan yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur ini akan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan untuk negeri dalam Fasa 1 sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan pada Mei lalu.
BACA: EKSKLUSIF: Remy Ishak sahkan bernikah Sabtu ini
Selain mempersiapkan sehelai busana pengantin, yang lebih penting kata Remy adalah persiapan mental buatnya bergelar suami kelak.
"Dari segi persiapan sebenarnya tidak ada sangat kerana tidak ada majlis yang akan dilaksanakan, kecuali pakaian nikah yang akan dipakai nanti.
"Tapi yang penting saya persiapkan saat ini adalah bagaimana menjadi seorang suami mithali," katanya sambil tersenyum.
Malah, pelakon yang berasal dari Melaka ini juga berharap agar majlis pernikahan yang sudah tertunda sejak Mei lalu dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa melanggar sebarang SOP yang telah ditetapkan.
Apatah lagi, Remy dan pasangan akan menjadi antara pasangan pengantin selebriti yang mencipta sejarah kerana melangsungkan pernikahan dalam suasana PKP.
Terdahulu pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menetapkan antaranya hanya tiga orang dibenarkan hadir iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali.
Kesemua yang terlibat wajib menjalani ujian saringan COVID-19 serta mematuhi semua garis panduan ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta lain-lain agensi penguatkuasaan.
Selain Remy, pasangan Ayda Jebat dan Nabil Mahir antara selebriti yang melangsungkan pernikahan sewaktu pandemik.
Topic Berkaitan
#Remy Ishak
#Gempak TV
#dream wedding
#Majlis Pernikahan
#PKP
#SOP
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan