awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony dianugerah paten alat kawalan permainan dengan permukaan sentuhan penuh
Kes saman KDA FC selesai: SUA MB Kedah mohon maaf kepada Mohd Daud
Lima strategi berfokus perkasa Wilayah Persekutuan - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rezeki Alif Satar jumpa Mufti Menk di Tanah Suci

Gempak
Gempak
15/12/2022
03:44 MYT
Rezeki Alif Satar jumpa Mufti Menk di Tanah Suci
Alif Satar berkongsi kenangan manis bertemu dengan Mufti Menk di Tanah Suci di akaun Instagram peribadinya.
KEHADIRAN penyanyi dan pelakon, Alif Satar ke Tanah Suci ternyata meninggalkan seribu satu kenangan manis buat dirinya.
Selain dapat menunaikan ibadah dan menjejakkan kaki ke Tanah Suci, Alif juga tidak menyangka dapat bertemu dengan pendakwah terkenal dunia, Ismail Ibn Musa Menk atau lebih dikenali sebagai Mufti Menk.
Alif juga turut berkongi momen bertemu dengan tokoh agamawan yang disegani itu.
“Saya sedang menonton IG Live beliau dan terus berlari ke masjid untuk cari beliau. Saya tahu amat sukar untuk mencari di dalam lautan manusia.
“Siap tanya cleaner ada jumpa Mufti Menk tak? Tetapi dia juga tidak pasti. Dalam hati saya berkata ‘Insya-Allah, jika ada rezeki saya, maka Allah akan makbulkan.
“Kemudian, beliau muncul dan solat di sebelah saya. Allahuakhbar. Saya sangat berbesar hati dapat bertemu beliau secara peribadi,” tulisnya.
View this post on Instagram
A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)
Dalam hantaran yang sama, Alif juga mengucapkan terima kasih kepada Mufti Menk kerana video-video ceramah yang banyak memberikan manfaat buat orang ramai.
“@muftimenkofficial Terima kasih untuk semua video yang anda hasilkan dan membuatkan saya berjaya melalui fasa sukar. Semoga Allah permudahkan segalanya buat mu. Amin,” kongsinya.
Selain Alif, kumpulannya iaitu The Locos juga berada di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah Umrah.
* Artikel asal disiarkan di Gempak.
Topic Berkaitan
#Alif Satar
#Alif Satar jumpa Mufti Menk
#Mufti Menk
#umrah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan