HIBURAN
Rizky Febian, Fabio Asher & Anggi Marito bergabung dalam konsert 'Malam 3 Suara'

Tiga penyanyi popular Indonesia, Rizky Febian, Fabio Asher dan Anggi Marito bakal berkongsi pentas sama dalam sebuah konsert eksklusif berjudul Malam 3 Suara 14 Disember depan. - Foto Strategy X Entertainment
KUALA LUMPUR: Tiga penyanyi popular Indonesia, Rizky Febian, Fabio Asher dan Anggi Marito bakal berkongsi pentas sama dalam sebuah konsert eksklusif berjudul Malam 3 Suara pada 14 Disember depan.
Ringkasan AI
- Konsert -Malam 3 Suara- menampilkan Rizky Febian, Fabio Asher dan Anggi Marito pada 14 Disember di Idea Live Arena, Kuala Lumpur.
- Lebih 20 lagu hit akan dipersembahkan dalam format solo, duet dan kolaborasi khas selama lebih dua jam.
- Tiket mula dijual 12 September 2025 di ticket2u.com.my/malam3suara.
"Bila digabungkan, ia melahirkan harmoni yang indah dan melengkapi antara satu sama lain,” kata wakil penganjur.
Penonton bakal dihiburkan dengan lebih 20 lagu hit, termasuk segmen solo, duet dan kolaborasi khas pada malam tersebut.
Penyanyi terkenal Indonesia, Rizky Febian, menyatakan keterujaannya untuk kembali ke Kuala Lumpur dan bertemu peminat di Malaysia.
“Saya amat teruja untuk kembali ke Kuala Lumpur dan bertemu peminat di Malaysia. Ia peluang berharga untuk berkongsi muzik saya secara lebih dekat,” kata Rizky.
Rizky Febian, dikenali dengan lagu-lagu hit seperti Hingga Tua Bersama, Kata, Penantian Berharga, Cuek dan Mantra Cinta, merupakan antara penyanyi lelaki paling banyak distrim di Asia dengan lebih tujuh juta pendengar bulanan di Spotify.
Sementara itu, Fabio Asher mula mencuri perhatian dengan lagu Bertahan Terluka dan Rumah Singgah, manakala Anggi Marito pula menampilkan aura segar dengan vokal bertenaga menerusi lagu Tak Segampang Itu dan Cara Mencintaimu.
Tiket mula dijual pada 12 September 2025 di www.ticket2u.com.my/malam3suara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami