awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu

'Road To Global Cinema' strategi bawa filem tempatan ke persada dunia

Bernama
Bernama
18/09/2014
01:07 MYT
'Road To Global Cinema' strategi bawa filem tempatan ke persada dunia
'Road To Global Cinema' strategi bawa filem tempatan ke persada dunia
Kandungan kreatif tempatan khususnya filem bakal melalui transformasi melalui program 'Road To Global Cinema' yang diusahakan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
Menurut Finas, beberapa pelan telah dirangka bagi membawa kandungan tempatan ke persada dunia termasuk mewujudkan hubungan strategi dengan penerbit, persatuan dan stesen televisyen tempatan dan antarabangsa.
Finas turut memeterai perjanjian dengan beberapa negara seperti Australia dan Kanada bagi memudahkan pelan strategik yang dirangka.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, ketika mengulas mengenai inisiatif itu, berkata penerbit tempatan perlu melebarkan sayap ke luar negara dan tidak hanya menumpu kepada pasaran tempatan.
"Misalnya, jika kita menjual sesebuah penerbitan kepada RTM dengan harga RM50,000, keuntungan yang diraih setakat itu sahaja. Kalau kita menembusi pasaran negara Islam misalnya, kita mungkin boleh tambah pendapatan sebanyak US$60,000," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program itu sempena KL Converge 2014 di sini, hari ini.
Terdahulu, Ahmad Shabery melancarkan MYCC4DWORLD yang merupakan projek 'MyCreative Content' di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).
MYCC4DWORLD adalah repositori aset digital berpusat dan hab pengedaran kandungan bahan digital video, audio, imej dan dokumen yang bernilai komersil.
Sejak dibangunkan pada 2012 sehingga 1 Sept lepas, sejumlah 15,724 bahan telah dimuat naik yang terdiri daripada 3,611 video, 47 bahan audio, 11,579 imej dan 487 dokumen.
Finas dilantik sebagai penyelaras bagi tiga agensi yang terlibat di bawah MYCC4DWORLD iaitu Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Jabatan Penyiaran dan Jabatan Penerangan.
Topic Berkaitan
#FINAS
#kl converge
#Shabery Cheek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.