awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Road To Oscars' usaha kerajaan pastikan filem tempatan setanding antarabangsa

Hilmi Malik
Hilmi Malik
14/04/2022
07:22 MYT
'Road To Oscars' usaha kerajaan pastikan filem tempatan setanding antarabangsa
Usaha itu dibuat bagi meneliti kekuatan dan kelemahan filem tempatan sebelum bersaing di pentas antarabangsa. - Bernama
KUALA LUMPUR : Kementerian Komunikasi Dan Multimedia (K-KOMM) berhasrat untuk membawa filem-filem tempatan untuk bersaing di pentas antarabangsa.
Timbalan Menterinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, inisiatif itu telah mula dilakukan sejak Januari 2021 menerusi kerangka ‘Road To Oscars’.
Ujarnya, langkah itu bertujuan untuk mengenal pasti tahap kualiti keluaran filem tempatan agar Malaysia mampu menembusi pentas Oscar.
“Kajian ini juga membolehkan pihak FINAS mengumpul data daripada agensi-agensi berkaitan, penggiat industri dan komuniti filem untuk teruskan aspirasi ‘Road To Oscars’ khas untuk Keluarga Filem Malaysia.
“Kajian ini juga bertujuan menganalisis kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran dalam mencapai misi serta strategi untuk memenangi Oscar untuk Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika hadir menyempurnakan majlis perasmian Forum ConnectASIA 2022 ‘Filming In Malaysia and International Marketing’ di Kompleks Studio Merdeka pada Khamis.
Menyentuh mengenai usaha kerajaan dalam merancakkan Industri Seni Kreatif, Zahidi menyatakan platform ‘Film In Malaysia Incentive (FIMI) telah menyaksikan sebanyak 54 projek antarabangsa dan 36 projek tempatan telah digerakkan FINAS.
Malah sebanyak 10,000 peluang pekerjaan berjaya ditawarkan menerusi platform FIMI selaras dengan usaha kerajaan untuk mengurangkan kadar pengangguran akibat pandemik COVID-19.
Topic Berkaitan
#FINAS
#Oscars
#filem
#Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan