awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Robert Pattinson dilapor positif COVID-19, penggambaran 'The Batman' ditangguh

Astro Awani
Astro Awani
03/09/2020
22:06 MYT
Robert Pattinson dilapor positif COVID-19, penggambaran 'The Batman' ditangguh
Penggambaran filem "The Batman" ditangguh apabila pelakon utama Robert Pattinson dilapor menghidap COVID-19. -Foto Warner Bros Pictures
PELAKON Hollywood Robert Pattinson dilapor positif COVID-19.
Pattinson, 34, memegang watak utama sebagai Bruce Wayne dan juga Batman dalam filem adi wira terbaharu "The Batman" kini menjalani kuarantin dua minggu sebelum penggambaran bersambung semula.
Warner Bros dalam satu kenyataan mengesahkan sesi penggambaran “ditangguh sementara” kerana “seorang anggota produksi filem disahkan positif COVID-19 dan kini diasingkan menurut protokol yang ditetapkan.”
Studio perfileman itu bagaimanapun enggan menamakan individu berkenaan, namun Vanity Fair dan Hollywood Reporter yang memetik sumber berkata Pattinson ialah individu yang dijangkiti.
Sesi penggambaran "The Batman" yang bermula September tahun lalu tertangguh pada Mac tahun ini susulan pandemik.
Pattinson sebelum ini terkenal dengan watak Edward Cullen dalam filem "Twilight".
Topic Berkaitan
#Hollywood
#koronavirus
#pandemik
#positif COVID-19
#robert pattinson
#The Batman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan