awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rocky Din bangga, selepas 40 tahun lagu 'Marilah Mengundi' masih didendang

Astro Awani
Astro Awani
26/04/2018
08:44 MYT
Rocky Din bangga, selepas 40 tahun lagu 'Marilah Mengundi' masih didendang
Rocky berkata, bayaran yang diterimanya sebagai penyanyi lagu Marilah Mengundi ketika itu adalah RM25, dan dia masih menyimpan baucer bayaran tersebut sehingga hari ini sebagai kenangan. Astro AWANI
Setiap kali tibanya musim pilihan raya umum (PRU), akan berkumandang lagu-lagu berunsur patriotik yang mengajak masyarakat Malaysia menunaikan hak dan tanggungjawab mengundi.
Lagu 'Marilah Mengundi' dendangan Mohd Hashim Shariff, lebih dikenali sebagai Rocky Din, yang popular sejak tahun 1978, masih lagi berkumandang sehingga ke hari ini apabila tibanya waktu PRU.
Rocky Din, 70 tahun, mengakui terselit rasa bangga apabila berpeluang menyanyikan lagu tersebut yang mengingatkan masyarakat untuk melaksanakan kewajipan mereka memilih pemimpin yang bakal menerajui masa depan negara.
"Lagu Marilah Mengundi ini ciptaan Johari Salleh. Rakaman dibuat di Holland. Yang memainkan muzik itu asalnya, ialah 'orang putih'. Dia bawa balik trek lagu itu ke sini (Malaysia).
"Rakaman lagu ini dibuat pada Oktober 1977, sebelum nak mengundi lagi. Undi akan dibuat pada 1978, tetapi lagu ini dah siap dah," katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui.
Katanya yang lebih mesra disapa 'mamu' itu, selain dinyanyikan beliau, lagu ciptaan Johari Salleh itu pernah dipopularkan seorang lagi penyanyi, iaitu Zainal Alam pada tahun 1956.
Beliau yang berasal dari Teluk Ayer Tawar, Butterworth, memberitahu, diberi peluang menyanyikan lagu tersebut selepas berjaya menarik perhatian seorang pencungkil bakat semasa menyertai pertandingan Bintang RTM 1977.
Rocky yang pernah menerima anugerah Tokoh Seni oleh Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) sempena Maal Hijrah tahun 2017 berkata, lagu tersebut mempunyai keistimewaan tersendiri ketika dia menyanyikannya.
"Istimewanya masa menyanyikan korus. 'Jangan lupa kad pengenalan, serta nombor daftar undi, masa tidak kerugian, membuang undi'. Bahagian itu yang sedap. Susah untuk nyanyikan korusnya," dia menjelaskan.
Katanya, bayaran yang diterimanya sebagai penyanyi lagu Marilah Mengundi ketika itu adalah RM25, dan dia masih menyimpan baucer bayaran tersebut sehingga hari ini untuk dijadikan kenangan.
Bapa kepada lima orang anak itu kini menjadi penyanyi sepenuh masa di Restoran Pen Mutiara, di Batu Maung.
Pada 2013, lagu Marilah Mengundi diolah menjadi lebih moden untuk menarik perhatian generasi muda.
Topic Berkaitan
#Lagu
#Marilah Mengundi
#mengundi
#Mohd Hashim Shariff
#pilihan raya umum
#PRU14
#Rocky Din
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan