HIBURAN
Rosé BLACKPINK gegar MTV VMAs 2025, bawa pulang trofi ‘Song of the Year’

Rosé meraih kemenangan tersebut menerusi lagu duetnya bersama Bruno Mars yang berjudul APT. -Foto Gempak
AHLI kumpulan BLACKPINK, Rosé melakar sejarah apabila memenangi anugerah utama iaitu Song Of The Year di MTV Music Awards (VMAs) 2025.
Ringkasan AI
- Rose BLACKPINK menang Song of the Year di VMAs 2025 menerusi lagu duet APT bersama Bruno Mars, mencipta sejarah sebagai artis K-pop pertama meraih anugerah tersebut.
- Rose ucap terima kasih kepada Bruno Mars, produser Teddy dan ahli BLACKPINK, sambil menyatakan rasa syukur atas penghargaan terhadap kerja keras mereka.
- Rose juga mencatat rekod pencalonan terbanyak bagi artis K-pop di VMAs dengan lapan kategori, tujuh daripadanya untuk lagu APT.
Dia juga sempat menzahirkan terima kasih kepada Bruno kerana banyak membantunya.
“Saya tak percaya ini benar-benar berlaku. Saya sangat berterima kasih kepada Bruno yang percaya pada saya dan sentiasa membantu saya sejak awal.
“Anugerah ini adalah penghargaan buat segala kerja keras kami. Saya sangat gembira," katanya.
Rosé tidak lupa menyebut nama produser Teddy serta mengucapkan penghargaan dalam bahasa Korea kepada ahli BLACKPINK.
“Teddy oppa, saya menang anugerah. Ahli BLACKPINK, saya menang anugerah. Saya sentiasa berterima kasih dan sayang kamu semua," tambahnya.
Tahun ini juga menyaksikan Rosé mencipta rekod sebagai artis K-pop dengan pencalonan terbanyak di VMAs, iaitu lapan kategori.
Daripada jumlah itu, tujuh pencalonan datang daripada lagu APT. termasuk kategori utama Video of the Year, yang masih menunggu pengumuman pemenang.
Sebelum ini, pada tahun 2021, kumpulan BTS pernah dicalonkan dalam kategori sama menerusi lagu Dynamite, namun tidak berjaya memenanginya. -Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami