awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Roy Azman elak bawa watak jahat, mahu jaga nama baik anak-anak

Gempak
Gempak
26/01/2025
05:45 MYT
Roy Azman elak bawa watak jahat, mahu jaga nama baik anak-anak
Roy juga cuba untuk kekal positif walaupun sering menerima komen kebencian ketika melakonkan watak jahat. -Gempak
PELAKON otai Roy Azman memberitahu dia kini seboleh-bolehnya mengelak untuk menerima tawaran watak antagonis.

Ringkasan AI
  • Roy Azman kini mengelak menerima tawaran watak antagonis kerana tidak mahu anak-anaknya menjadi bahan ejekan.
  • Roy lebih selesa memegang watak positif dan memilih watak yang tidak terlalu jahat.
  • Roy juga cuba untuk kekal positif walaupun sering menerima komen kebencian ketika melakonkan watak jahat.

Menurut Roy, dia tidak mahu anak-anak terkesan dengan watak yang dibawa hingga menjadi bahan ejekan kepada anak-anaknya yang semakin membesar.
Justeru, kata Roy, di usianya kini dia lebih selesa untuk memegang watak yang bersifat positif.
"Sekarang saya mengaku saya memang agak memilih dan kalau mana-mana pengarah beri saya watak terlalu jahat saya memang tolak.
"Tetapi kalau watak itu perlu jadi jahat yang tidak melampau saya masih boleh pertimbangkan.
"Tanyalah mana-mana mereka (pelakon) yang mempunyai anak semakin membesar, kebanyakan mereka pun akan macam saya, mereka akan pilih watak," katanya kepada Gempak.
Roy Azman ditemui pada majlis Pelancaran Tagline Baharu SINAR 'Muzik Retro Terbaik' baru-baru ini.
Roy juga tidak menafikan sehabis baik cuba positifkan diri apabila kerap mendapat komen kebencian ketika melakonkan watak jahat.
"Orang senanglah cakap suruh saya jangan baca komen atau mesej. Asalkan sudah dapat buat duit, saya patut buat tak tahulah.
"Tapi, tidak semudah itu ya," ringkasnya.
Untuk rekod, selain berlakon dan menjadi penyampai radio, Roy pernah dipilih sebagai juri dalam program realiti Kilauan Emas bergandingan bersama Erra Fazira dan Datuk Hattan tahun lalu.
Mula berlakon sejak berumur 18 tahun semasa akhir era 1980-an, kemudian Roy berkahwin dengan bekas ahli kumpulan Princess, Rafidah Razali pada 11 Mac 2006.
Hasil perkahwinan dia telah dikurniakan lima orang cahaya mata. -Gempak
Topic Berkaitan
#Roy Azman
#watak antagonis
#bahan ejekan
#watak positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan