awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Sabar' - Masih panas isu khalwat, Ruhainies muat naik foto terima sejambak ros merah

Gempak
Gempak
10/03/2024
10:21 MYT
'Sabar' - Masih panas isu khalwat, Ruhainies muat naik foto terima sejambak ros merah
Ruhainies memuat naik video memperlihatkan dia menerima sejambak bunga ros merah di Instagram miliknya pada Ahad. -Gempak
SEAKAN tidak ada apa berlaku, pelakon yang didakwa ditangkap khalwat dengan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz iaitu Ruhainies tetap aktif di laman Instastory seperti biasa.
Malah, adik kepada pelakon Nur Risteena itu juga memuat naik video memperlihatkan dia menerima sejambak bunga ros merah di Instagram miliknya pada Ahad.
“Kadang-kadang perkara tidak jelas serta-merta. Di situlah anda perlu bersabar, tabah dan melihat ke mana arahnya. Sabar,” tulis Ruhainies secara ringkas.
Rata-rata netizen tetap menyerang Ruhainies selain menganggap kes aktres itu dengan suami kepada rakannya, Bella Astillah seperti ‘marketing’ yang sudah dirancang.
Terdahulu, media melaporkan adik kepada Bella Astillah iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup berkhalwat bersama pelakon wanita itu ialah Aliff Aziz.
Menurutnya, dia bersama kakaknya hadir ke pejabat Jawi selepas dimaklumkan mengenai tangkapan yang dibuat pasukan penguat kuasa terbabit.
Kelibat pasangan pelakon, Aliff Aziz dan Ruhainies dilihat menerusi kamera litar tertutup (CCTV) sebuah kondominium mewah di ibu negara yang dirakam pada 25 Februari lalu.
Difahamkan Aliff Aziz dan Ruhainies yang ditahan atas dakwaan berkhalwat pada awal pagi Sabtu sudah dibebaskan dengan jaminan.
Mereka dilaporkan meninggalkan perkarangan pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kira-kira pukul 2 petang, Sabtu.
Ruhainies dan Aliff akhirnya tampil memohon maaf di laman Instastory masing-masing selain memberitahu mereka akan berkongsi kisah sebenar yang terjadi. -Gempak
Topic Berkaitan
#Ruhainies
#Aliff Aziz
#Bella Astillah
#tangkap khalwat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan