BINTANG bola sepak terkenal tanah air, Safee Sali bakal menjadi penyampai baharu di radio ERA.
Menerusi segmen baharu Super Safee ERA bakal menampilkan Safee Sali sebagai personaliti jemputan ERA.
Safee akan berkongsi info terkini berkaitan sukan tempatan dan antarabangsa yang merangkumi berita, topik perbualan dan temu bual bersama tetamu undangan dari dalam dan luar bidang sukan.
Segmen Super Safee ERA akan ke udara mulai 12 Ogos, jam 10 pagi, setiap Sabtu.
Pengumuman itu dibuat oleh Pengurus Kandungan ERA, Hani Fadzil di Majlis Ulang Tahun Ke-25 ERA yang berlangsung di Sky Lounge, NU Sentral, Kuala Lumpur semalam.
"Safee akan mengulas sudah tentu tentang sukan yang akan mengulas tengah viral terkini dalam bidang itu atau sebagainya untuk pendengar dan dia bakal menjadi keluarga baharu ERA," katanya.
Sementara itu, Safee yang turut hadir di sidang media memberitahu sangat teruja dan gembira menceburi bidang penyampaian radio.
"Saya gembira dan tak sabar untuk memulakan tugasan baharu dalam cabang baharu sebagai ahli sukan.
"Jadi, saya akan berkongsi mengenai info terkini dan ahli sukan bukan dari tanah air sahaja malah antarabangsa juga.
"Dalam segmen saya nanti, ada sesi temu bual bersama artis dan atlet yang terlibat dalam industri sukan sama ada tempatan atau luar negara.
"Bukan senang untuk saya terima tapi saya suka cabar diri saya dengan benda baharu kerana perkara ini menarik untuk saya tunjukan bahawa bidang sukan juga boleh diperkembangkan," katanya.
Selain segmen baharu itu, sempena ulang tahun radio berkenaan segmen lain seperti Seram Sabtu ERA, Throwback ERA dan Soundtrak ERA.
Segmen-segmen lain di hujung minggu yang tersedia ada termasuk ‘Sabtu Pagi ERA’ bersama Namie dan Hawa Rizwana; ‘Carta ERA 40’ bersama Elly Mazlein @ Lina Pom Pom; ‘Flow ERA’ bersama Zahier; ‘Hallyu ERA’ bersama Munaa Bella; dan “Lagu Baru Nak Up” bersama Fazziq. -Gempak
Gempak
Sat Aug 05 2023
Safee (kiri) akan berkongsi info terkini berkaitan sukan tempatan dan antarabangsa yang merangkumi berita, topik perbualan dan temu bual bersama tetamu undangan dari dalam dan luar bidang sukan. -Gempak
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Safee harap provokasi netizen tidak ganggu rentak Harimau Malaya
Safee Sali menasihatkan skuad Harimau Malaya supaya terus fokus dan tidak terganggu dengan provokasi netizen di media sosial.
Arif Aiman berpotensi lebarkan sayap di Timur Tengah - Safee
Safee berpandangan pemain berusia 21 tahun itu, seeloknya kekal bersama JDT terlebih dahulu bagi mengembangkan lagi bakatnya.
Safee Sali kekal bersama PJ City musim depan
Beliau turut membayangkan musim depan pasukan itu bakal menampilkan beberapa muka baharu yang lebih berpengalaman dalam Liga Super.
Budi bahasa bukan budaya kita?
Melihat kepada keadaan yang berlaku pada hari ini, kita kembali semula kepada persoalan, adakah budi bahasa bukan lagi budaya kita?
Lelaki bawa pistol, peluru dalam kereta Safee Sali didakwa di mahkamah
Pekerja kedai aksesori kenderaan, Shalihoddin Azman, 34, mengaku tidak bersalah dan meminta perbicaraan.
Safee Sali beri keterangan berhubung pistol, peluru hidup dalam kenderaannya
Safee, 32, tiba di IPD JBU kira-kira 2.30 petang dan selesai memberi keterangan kira-kira sejam kemudian.
Safee Sali kecewa tidak dapat beri sumbangan
Penyerang Johor DT, Safee Sali kecewa gagal membantu pasukannya merampas gelaran Piala FA musim ini.
Medan Safiq, Safee kembalikan keyakinan
Latihan dua minggu skuad senior kebangsaan di Australia merupakan medan terbaik buat Safiq Rahim dan Safee Sali untuk mengembalikan semula keyakinan, masing-masing.
Safee harap Nazmi tambah matang
Safee Sali berharap Nazmi Faiz Mansor bertambah matang selepas pulang awal daripada kembaranya di Portugal.