PENYANYI Datuk Aishah akui tidak berniat untuk menghebohkan berita perceraiannya sehingga dicari ramai wartawan untuk bertanya lanjut mengenainya.
Namun, berita perceraiannya itu dijawab selepas ada wartawan yang bertanyakannya.
“Hari ini terasa sedikit goyang. Wartawan mencari saya interview mengenai perceraian saya. Aduh sakitnya masih terasa,walaupun saya nampak ok dan tersenyum.
“Saya cuba elak ditemu bual hanya untuk bercerita tentang hal itu.
“Saya hanya mahu jelaskan sedikit situasi bagaimana hal ini keluar,ketika saya dijemput oleh Berita Harian untuk buat persembahan.
“Selepas persembahan itu saya sempat bersemuka dengan wartawan Bobo Fahad. Banyak kami bercerita tentang lagu baharu, kehidupan saya sekarang dan akhirnya timbullah soalan status. Dan saya menjawab dan mengakui yang saya sudah pun diceraikan,” jelasnya
Penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu itu menjelaskan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Kata Aishah, dia terpaksa menjawab bagi menjelaskan kedudukan sebenarnya.
“Saya terpaksa menjawab dan jelaskan kedudukan saya. Ini penting untuk mengelakkan fitnah.
“Jadi jangan ada pihak yang menuduh sembarangan mengatakan saya saja bercerita,” katanya.
Aishah turut meminta agar dia diberi ruang dan tidak berniat mahu mengulas lanjut mengenai kisah perceraiannya.
“Cukuplah public tahu kami dah bercerai. Kenapa,bila,mengapa dan lain-lain tak perlulah diceritakan.
“Berilah kami ruang untuk teruskan fasa hidup ini dengan tenang, yang dah lepas tu biarkanlah ia berlalu.
“Terima kasih teman-teman ,keluarga dan peminat yang mendoakan saya dan anak-anak,” ucapnya.
Aishah mengesahkan dia dan bekas suami sudah pun bercerai pada 25 Disember lalu selepas lima tahun melayari bahtera perkahwinan.
Menerusi kenyataannya dengan sebuah akhbar online itu dia diceraikan talak satu menerusi kiriman mesej ringkas aplikasi WhatsApp.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Astro GEMPAK
Gempak
Fri Feb 04 2022
Aishah mengesahkan dia dan bekas suami sudah pun bercerai pada 25 Disember lalu selepas lima tahun melayari bahtera perkahwinan. - Gambar fail
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
"Sakitnya masih terasa" - Aishah ada sebab buka kisah perceraian
Penyanyi legenda, Datuk Aishah akui tidak berniat untuk menghebohkan berita perceraiannya sehingga dicari ramai wartawan untuk bertanya lanjut mengenainya.