AKTRES jelita Angelina Jolie meluahkan isi hatinya apabila mengakui perceraian dengan bekas suami, Brad Pitt memberi kesan besar kepada dirinya termasuk berasa “tidak mengenali diri” sendiri.
Memetik portal antarabangsa, pelakon yang bakal muncul dengan filem terbaharu Maleficent: Mistress of Evil itu kembali bersemangat apabila memikirkan dia perlu menjadi contoh yang baik kepada anak-anaknya.
“Saya fikir ia berlaku kerana hubungan saya dengan Pitt akan berakhir, dan kemudian saya (hilang arah) pada permulaan perpisahan kami.
“Ia merupakan saat yang sukar, di mana saya tidak mengenal diri saya, (dan) saya memencilkan diri sehingga hampir tidak berasa bahawa kewujudan saya penting,” katanya.
BACA: 'Brad Pitt' takut keluar rumah
Jelas pelakon berusia 44 tahun itu lagi, dia berasa sangat sedih dan sakit akibat perpisahan tersebut.
“Saya juga mengalami beberapa masalah kesihatan. Namun, saya berjaya mengatasinya dan berasa bertuah kerana masih dapat meneruskan kehidupan,” tambah pelakon filem Lara Croft: Tomb Raider itu lagi.
Sebelum ini, Pitt turut mengakui keretakan rumah tangganya itu menyebabkan dia sedih dan hampir tertekan.
Jolie dan Pitt, antara pasangan paling popular di Hollywood berpisah pada September 2016 selepas lebih 10 tahun menjalinkan percintaan dan dua tahun sebagai suami isteri.
Bintang filem ‘Moneyball’, Pitt, 55, dan heroin ‘Maleficent’, Jolie mula menjalinkan hubungan pada akhir 2005 sebelum memutuskan untuk berkahwin pada tahun 2014.
Pasangan tersebut mempunyai enam cahaya mata.
Agensi
Sat Oct 05 2019

Jolie dan Pitt, antara pasangan paling popular di Hollywood berpisah pada September 2016 selepas lebih 10 tahun menjalinkan percintaan dan dua tahun sebagai suami isteri. Gambar - Instagram @bradpittoficial @angelinajolieofficial

Pejuang hak asasi wanita Sukumari Sekhar, meninggal dunia pada Hari Wanita Sedunia
Puan Sri Sukumari Sekhar, seorang daripada pejuang hak asasi wanita terawal di Malaysia, meninggal dunia semalam, pada Hari Wanita Sedunia.

Kerajaan bincang dengan DBKL urus vaksinasi COVID-19 buat gelandangan - Khairy
Khairy Jamaluddin berkata pihaknya masih merangka mekanisme tersebut termasuk kepada kumpulan pelarian dan pekerja asing tidak berdokumen.

LHDN nafi dakwaan buat pusingan U berhubung Program Pengakuan Sukarela
LHDN berkata layanan cukai bagi setiap kes yang diterima dan disemak adalah berdasarkan fakta dan merit kes.

PRU15: Pas sokong parti yang beri manfaat - Penganalisis politik
Pas akan memberi sokongan kepada parti dominan yang akan memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sama seperti yang dilakukan mereka bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini.

Shahidan Kassim dilantik Pengerusi baharu PR1MA - Zuraida
Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim dilantik sebagai pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) berkuat kuasa serta-merta.

AWANI Ringkas: Rasuah | Presiden UMNO mengaku tidak bersalah

Kes rasuah Zahid: Siasatan dapati ada aktiviti cuci duit libatkan 35 cek berjumlah RM7.5 juta - Saksi ke-95
Ahmad Zahid didakwa telah mengarahkan Omar Ali untuk mengubah bagi pihak dirinya wang tunai berjumlah RM7.5 juta melibatkan 35 keping cek.

Ekonomi Digital | Dua sahabat tubuh platform bantu peniaga wanita
Menyedari kepentingan wanita untuk bangkit khususnya ketika berdepan cabaran pandemik COVID-19, dua sahabat tekad menubuhkan ruang maya beli belah digital pada Mei tahun lalu. Menggabungkan kemahiran dan pengalaman dalam bidang perbankan, platform dikenali sebagai The Artisans Haven digerakkan bagi membantu usahawan wanita memasarkan produk mereka.

Pelajar Carut Guru | Polis kenakan tindakan, keluar saman
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata tindakan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan kecil akan dikenakan ke atas pelajar berkenaan.

Kahwin Bawah Umur | Kes cerai meningkat
Perkahwinan bawah umur bukan sahaja mengekang hak seseorang untuk mendapat pendidikan sebaliknya turut meningkatkan kes penceraian yang disebabkan keganasan rumahtangga dan seksual.

'Sampai jatuh sakit' - Ini yang terbuku di hati Angelina Jolie selepas berpisah dengan Brad Pitt
Jelas pelakon berusia 44 tahun itu, dia berasa sangat sedih dan sakit akibat perpisahan tersebut.