SELEPAS hampir enam tahun bergelar ibu tunggal, pelakon dan penyanyi, Sasha Saidin mengakui semangatnya kini lebih kuat dan semakin terbuka mendepani cabaran hidup.
Meskipun bersendiri membesarkan anak lelakinya, Adam Aryasenna Notosoemarsono, 9, anggota asal kumpulan Elite ini tidak pernah menjadikan ia sebagai halangan untuk dirinya terus aktif dalam bidang seni.
“Saya tidak ada masalah besar sepanjang membesarkan Aryan semenjak berpisah dengan suami sehinggalah sekarang.
“Kehidupan kami berjalan dengan baik dan Alhamdulillah rezeki sentiasa ada untuk memenuhi keperluan harian serta pendidikannya.
“Kami melalui hidup yang sederhana dan saya tidak pernah menjadikan status saya sebagai ibu tunggal sebagai sesuatu yang menghalang untuk kami hidup bahagia sebagaimana orang lain,” ujar Sasha.
Sasha sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang pemuzik yang juga warga Indonesia, Salyo Prinyanto pada tahun 2007, sebelum bercerai pada 10 Julai 2012.
Meskipun anak tidak pernah mendapat nafkah daripada bekas suami, Sasha tidak pernah menjadikannya sebagai isu, malah cuba menganggap bekas suami lebih tahu akan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.
“Kami berpisah secara baik, malah hubungan Arya dan bapanya juga tidak ada masalah di mana mereka sering berhubung menerusi skype meskipun jarang berjumpa kerana suami menetap di Jakarta.
“Semenjak berpisah memang saya sepenuhnya menyara Arya tanpa sebarang nafkah daripada bekas suami.
“Namun saya tidak pernah mempersoalkan apatah lagi menuntut atau memaksa dia untuk berbuat demikian kerana bagi saya dia sepatutnya lebih tahu.
“Apa pun saya tak anggap ia sebagai suatu isu kerana beranggapan mungkin keadaan kewangan dia juga tidak begitu mengizinkan, lagipun saya dan Arya dalam keadaan yang baik-baik sahaja,” jelasnya kepada Sinar Harian.
Ditanya tidakkah dia mahu mencari berganti dan sekali lagi membina kehidupan berumah tangga, kata Sasha, segalanya diserahkan kepada jodoh yang telah ditetapkan untuknya.
“Memang keluarga terutamanya Zain nasihatkan saya supaya kahwin lagi. Namun sebagai seorang wanita yang pernah dua kali melalui kegagalan dalam rumah tangga, saya jadi lebih berhati-hati.
“Saya tidak boleh hanya memikirkan tentang diri sendiri, tetapi apa sahaja keputusan yang saya lakukan adalah melibatkan anak saya baik untuk masa sekarang mahupun pada masa depan.
“Apapun, saya tidak nafikan berkawan rapat dengan seseorang, Kami tidak merancang apa-apa ke arah yang lebih serius, cuma dia sering menjadi teman bual dan antara yang paling rapat dengan saya ketika ini,” ujar Sasha yang ditemui di majlis sidang media acara larian Mask Run 2018, pada Isnin.
Sinar Harian
Wed Mar 28 2018
Meskipun anak tidak pernah mendapat nafkah daripada bekas suami, Sasha tidak pernah menjadikannya sebagai isu, malah cuba menganggap bekas suami lebih tahu akan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa. - Foto Sinar Harian
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
Lelaki ditahan kurang empat jam selepas samun farmasi
Polis berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan bersama pisau yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan dan baki wang tunai hasil samun.
Sasha tidak pernah tuntut nafkah daripada bekas suami
Selepas hampir enam tahun bergelar ibu tunggal, pelakon dan penyanyi, Sasha Saidin mengakui semangatnya kini lebih kuat dan semakin terbuka mendepani cabaran hidup.