awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya buat kerana Allah" - Mula bertudung 11 Syawal, Kilafairy mohon doa agar istiqamah

Gempak
Gempak
07/06/2020
04:26 MYT
"Saya buat kerana Allah" - Mula bertudung 11 Syawal, Kilafairy mohon doa agar istiqamah
Kilafairy bersyukur kerana urusannya turut diiringi doa kedua ibu bapanya.
BERKAT doa keluarga dan peminat, pelakon Kilafairy akhirnya mengambil keputusan untuk istiqamah berhijab sejak empat hari lalu.
Kata Kilafairy, 28, keputusannya itu tidak dipengaruhi oleh sesiapa dan dirasakan sudah tiba masanya untuk menutup aurat lebih sempurna.
"Bagi saya bertudung itu memang wajib, tunggu masa sahaja dan sekarang hati saya sudah terbuka.
"Memang sudah lama saya nak pakai, sejak dari tahun lepas lagi. Tetapi saya perlahan-lahan memperbaiki cara pemakaian terlebih dahulu.
"Teruskan doa hari demi hari dan sekarang Alhamdulillah sampai masanya terbuka hati," katanya kepada Gempak.
Tentang proses hijrahnya kata pelakon itu lagi, dia memilih untuk tidak berkongsi lebih lanjut kepada khalayak.
"Biarlah selebihnya itu hanya saya yang tahu. Saya buat kerana Allah," tambahnya.
Kilafairy bersyukur kerana urusannya turut diiringi doa kedua ibu bapanya.
"Mereka tersangatlah gembira apabila dapat tahu saya bertudung dan selama ini pun mereka tak pernah paksa saya.
"Mungkin sebab itu juga hati saya lembut," katanya lagi.
Terdahulu, pengacara popular Neelofa berkongsi sepotong video memaparkan imej baharu Kilafairy serta mengumumkan pelakon itu kini telah berhijab.
BACA: Auranya Lain Macam! Kilafairy Dah Berhijab, Neelofa Doa “Semoga Kau Sentiasa Istiqomah”
Topic Berkaitan
#berdoa
#berhijrah
#bertudung
#hidayah
#Kilafairy
#Kilafairy dah bertudung
#Rohana Jalil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan