awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya tak mahu lantang lagi - Janna Nick kongsi azam 2018

Gempak
Gempak
25/01/2018
04:04 MYT
Saya tak mahu lantang lagi - Janna Nick kongsi azam 2018
Janna juga mahu menggunakan pengaruh yang dia ada di media sosial untuk menyebarkan kebaikan serta nilai-nilai positif kepada peminat. - Foto Astro GEMPAK
MAHU terus kekal positif dalam apa juga keadaan menjadi azam tahun baru untuk penyanyi dan pelakon Janna Nick.
Dikenali dengan sifat lantang, Janna ingin meninggalkan gelaran tersebut dan mahu menanamkan semangat baru yang lebih baik.
“Jika dulu orang kata saya lantang dan sering membalas jika ada sebarang kontroversi melibatkan diri saya.
“Tahun 2018, saya mahu berubah dan kekal positif. Jika ada sebarang isu yang melibatkan diri saya, saya akan meminta maaf dan ‘move on’, bukan berbalas kenyataan seperti dahulu.
“Saya tak mahu memanjangkan pertelingkahan, biarlah saya menjadi seorang yang positif,” kata Janna ketika ditemui di majlis peragaan fesyen jenama Fatimah Mohsin sempena The Wedding KL 2018 baru-baru ini.
Janna juga mahu menggunakan pengaruh yang dia ada di media sosial untuk menyebarkan kebaikan serta nilai-nilai positif kepada peminat.
“Saya mahu menggunakan pengaruh yang saya ada untuk berkongsi mengenai sesuatu yang positif. Percutian saya di Korea pada penghujung tahun lalu memberikan kesan untuk saya.
“Ada satu ketika, saya muhasabah diri dan mahu berubah menjadi orang yang lebih baik. Saya mengambil kesempatan ini untuk sama-sama mengajak peminat lain dalam menanamkan sikap positif,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Azam
#Janna Nick
#kontroversi
#lantang
#media sosial
#nilai positif
#pelakon
#penyanyi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan