PENYANYI dan pelakon, Nabila Razali tetap memilih pendekatan untuk mengunci mulut mengenai khabar angin yang mengatakan dirinya sudah bertunang dan bakal melangsungkan majlis pernikahan tidak lama lagi.
Menurut Nabila, dia berharap agar semua pihak dapat menghormati privasinya ketika ini.
“Saya tetap tak boleh nak memberikan sebarang jawapan dan respons, saya akan tetap sama seperti sebelum ini.
“Saya mengharapkan agar semua pihak dapat menghormati privasi saya. Sekiranya saya sudah bersedia, Insya-Allah saya akan umumkan.
“Jadi, buat masa sekarang tiada kenyataan rasmi yang ingin saya keluarkan kepada mana-mana pihak,” katanya kepada MH
Penyanyi lagu Peluang Kedua itu berkata sedemikian ketika ditemui dimajlis sidang media drama Luruhnya Bunga Cinta yang berlangsung di Galah Gala Seafood Restaurant pada Ahad.
Ditanya mengapa dia memilih untuk berahsia sedangkan perkara tersebut telah pun tular di media sosial, Nabila menafikan dirinya yang memuat naik hantaran tersebut.
“Saya tiada berkongsi apa-apa kenyataan, gambar atau video di mana-mana platform media sosial saya.
“Apa yang berlaku di luar, ia merupakan luar bidang kuasa saya,” jelasnya lagi.
Pada masa sama, Nabila turut mendedahkan dirinya tidak tertekan apabila diasak tentang soal perkahwinan kerana menganggapnya lumrah sebagai anak seni.
“Kalau bercakap soal tekanan, saya memang sudah biasa menghadapinya sejak daripada dahulu lagi bukan sahaja tentang soalan berkahwin tapi juga kritikan dan cemuhan.
“Itu asam garam bergelar anak seni apabila kehidupan kita sering kali diperhatikan dan dijadikan bahan bualan.
“Saya pun tiada menyimpan sebarang perasaan marah cuma saya harapkan agar semua pihak dapat menghormati keputusan saya buat masa ini,” akhirinya.
Sebelum ini, media melaporkan Nabila sudah melangsungkan pertunangan dengan seorang usahawan dalam satu majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.
Terdahulu, Nabila bakal membintangi drama Luruhnya Bunga Cinta yang merupakan adaptasi daripada drama fenomena Korea Selatan, Autumn In My Heart.
Selain Nabila, drama ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Redza Rosli, Tracie Sinidol, Auni Yusrii dan Bella Luna. -Media Hiburan
Media Hiburan
Sun Sep 17 2023

Nabila berharap agar semua pihak dapat menghormati privasinya ketika ini. -Media Hiburan

Anak bekas menteri layak terima biasiswa, pemilihan ikut dasar, SOP - MAIWP
Anak kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri layak menerima Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang Luar Negara (Jordan) MAIWP.
Radi Jidin nafi video kaitkan tuduhan projek runding terus dan isteri kerabat diraja
Ahli Parlimen Putraja, Datuk Mohd Radzi Jidin menafikan isteri beliau merupakan seorang kerabat diraja dan menegaskan tidak terlibat dalam projek rundingan terus bernilai RM 80 juta seperri yang tular di media sosial.

PRK Pelangai: Pemuda UMNO nafi protes calon BN
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menafikan berlaku protes terhadap pemilihan Datuk Amizar Abu Adam sebagai calon BN bagi PRK Pelangai.

Semua tabika KEMAS bakal dilengkapi kemudahan internet - Rubiah
KEMAS jalin kerjasama strategik dengan Telekom Malaysia bagi menyediakan kemudahan internet di semua tabika KEMAS.
Sesi pembelajaran SK Permatang Tok Kandu tetap diteruskan
Fadhlina berkata sesi pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu di Permatang Pauh, Pulau Pinang tetap diteruskan walaupun lima bilik kelas musnah dalam satu insiden kebakaran pada Sabtu.
PBB akan keluar syor pengunaan AI
Pendekatan PBB adalah untuk mempromosikan AI, yang bermanfaat kepada semua orang dan tidak mendatangkan kemudaratan khususnya kepada negara miskin.
Amerika Syarikat berperang secara langsung dengan Rusia - Lavrov
Menteri Luar Rusia menyifatkan Amerika Syarikat berperang secara langsung dengan Rusia berikutan penyaluran bekalan senjata kepada Ukraine.
AWANI Ringkas: Radzi mahu penyebar fitnah mohon maaf
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

100 murid di Bahau disyaki keracunan makanan
Kira- kira 100 murid dari sebuah sekolah di Bahau, Jempol disyaki mengalami keracunan makanan selepas mengalami gejala cirit-birit dan muntah-muntah.

LTdL 2023: Syritsa tawan peringkat kedua
Pelumba Astana Qazaqstan Team Gleb Syritsa muncul juara saingan peringkat kedua Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 sejauh 186.2 kilometer (km), dari Kuala Terengganu ke Aeon Mall, di sini hari ini.

'Saya tak marah, cuma...' - Gosip bertunang dah nak kahwin? Nabila Razali minta hormat privasi
Menurut Nabila, dia berharap agar semua pihak dapat menghormati privasinya ketika ini.

Nabila Razali kini miliki Vespa 946 Dior edisi terhad, harga cecah ratusan ribu!
Ia bukan model Vespa pertama yang dimilikinya kerana sebelum ini dia telah miliki sebuah Vespa Primavera Sean Wotherspoon Edition.

Sarah Suhairi mahu fokus menyanyi, tolak tawaran berlakon
JUARA Big Stage, Sarah Suhairi mengaku ingin fokus dalam bidang nyanyian dan menolak beberapa tawaran lakonan.

Penyanyi lagu Pematah Hati, Nabila Razali ditahan di hospital
Bintang AF2013 Nabila Razali dimasukan ke Pusat Perubatan Tawakal pada malam Ahad akibat keracunan makanan.

'Tak rosakkan lagu orang tak sah' - As'ad Motawh dikecam
As'ad diminta secara spontan menyanyikan lagu popular dari republik Indonesia itu ketika dijemput menghadiri sebuah rancangan televisyen yang dihoskan oleh Sherry Al Hadad.

Kasihannya, As'ad Motawh jatuh pentas 'runway'
Keterujaan penyanyi muda As'ad Motawh membuat persembahan tarian Green Alien Dance bertukar tragedi apabila dia terpelecok dan terjatuh ketika di tengah-tengah pentas.

Cumi Cumi Cumi... Tahu nyanyi tak tahu maksud, ini makna lirik 'Pematah Hati'
36 kali perkataan 'cumi' diungkapkan dalam lagu terbaharu Nabila Razali, Pematah Hati namun ramai yang tertanya-tanya apakah makna perkataan itu.