awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga runcit diesel di Semenanjung naik 4 sen, petrol RON97 dan RON95 kekal
Rasuah di Malaysia: Kes Najib tidak dijadikan pengajaran – Mohd Annuar
Pasaran saham Indonesia kembali beroperasi, indeks utama kekal tidak menentu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya tak nak janji apa-apa tapi anda tidak akan menyesal - Aina Abdul

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
26/05/2022
08:20 MYT
Saya tak nak janji apa-apa tapi anda tidak akan menyesal - Aina Abdul
Aina Abdul tidak mahu menjanjikan apa-apa kepada peminat namun yakin akan memberikan sesuatu yang bermakna untuk semua yang hadir pada konsert A night with Aina Abdul 2.0 - Foto: Instagram/@AinaAbdul
KUALA LUMPUR: Berbaki lebih kurang 30 hari sahaja lagi sebelum menuju ke pentas A Night with Aina Abdul 2.0, penyanyi, Aina Abdul mengakui bahawa dia berdepan dengan tekanan dalam melaksanakan konsertnya itu.
Namun sebagai anak seni, Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani,29, menyatakan bahawa tekanan yang dihadapinya itu merupakan satu tekanan yang biasa bagi seorang anak seni.
“Saya tertekan namun tekanan ini merupakan satu tekanan yang saya impi-impikan.
“Kalau nak buat konsert, inilah lumrahnya, kalau nak buat senang sahaja.. Nanti Allah tarik bahagian lain pula,” katanya semasa sidang media A Night with Aina Abdul 2.0 yang diadakan di Kuala Lumpur.
Aina Abdul akui tertekan namun ...
Pada masa sama, pelantun lagu Sumpah ini tidak mahu menjanjikan apa-apa buat peminat yang hadir ke konsert beliau, namun akan memastikan peminat pulang dengan satu kenangan berharga.
“Anda akan lihat satu persembahan yang menarik dan anda akan lihat satu sisi lain Aina Abdul pada konsert tersebut.
“Kalau sebelum ini hanya tengok dekat AJL satu persembahan, tapi kali ini ada 26 buah lagu yang akan dipersembahkan pada malam itu, doakan saya,” tambahnya.
Membawa konsep modern and clean pada malam gilang-gemilang itu, Aina dikhabarkan akan memperagakan lapan busana daripada lapan pereka fesyen tanah air pada konsert itu nanti.
Konsert A Night with Aina Abdul 2.0 akan berlangsung di Istana Budaya pada 25 dan 26 Jun 2022 akan datang.
Topic Berkaitan
#Istana Budaya
#Aina Abdul
#konsert
#A night with Aina Abdul 2 0
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan