awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya tak rasa kekok dengan Laudya Cynthia Bella" - Erra Fazira

Gempak
Gempak
12/01/2018
15:31 MYT
"Saya tak rasa kekok dengan Laudya Cynthia Bella" - Erra Fazira
Erra berkata dia ikhlas menerima Bella sebagai ibu kepada Engku Aleesya.
PELAKON dan penyanyi Erra Fazira menjelaskan dirinya tidak kekok dengan Laudya Cynthia Bella, isteri kepada bekas suaminya, Engku Emran.
Kemesraan antara Erra dan Bella menarik perhatian netizen serta peminat Malaysia dan Indonesia.
"Sejujurnya, saya tiada masalah dengan Bella. Saya dan Emran berpisah dengan baik. Saya selalu mendoakan agar Emran bertemu dengan jodoh yang baik.
"Alhamdulillah, dia bertemu dengan Bella. Saya tak ada masalah dengan Bella kerana kami saling menghormati. Secara jujur, saya juga rasa tak kekok dengan Bella," kata Erra.
Tambah Erra, dia juga ikhlas menerima Bella sebagai ibu kepada Engku Aleesya.
"Saya ada buat aktiviti bersama Bella seperti zumba dan melepak bersama. Saya ikhlas terima Bella sebagai ibu Aleesya.
"Aleesya sering bercerita mengenai Bella kepada saya. Kami juga sering berhubung dan membincangkan mengenai Bella.
"Bella sangat baik dengan saya, takkan saya mahu bersikap sebaliknya pula? Semuanya baik-baik sahaja, Insya-Allah," katanya lagi.
Dalam perkembangan terbaru, Erra baru sahaja menyertai syarikat pengurusan MindOrder.
MindOrder turut menguruskan nama-nama lain seperti Fasha Sandha, Eyka Farhana, Nazrief Nazri dan ramai lagi.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
#Engku Emran
#Erra Fazira
#Laudya Cynthia Bella
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan