HIBURAN
'Saya tak sabar' - Sean Paul teruja kembali ke Malaysia

Sean Paul akan mengadakan konsert eksklusif di Malaysia pada 10 Oktober 2025, menandakan kemunculan semula beliau sejak kali terakhir pada 2018. -Gempak
BINTANG antarabangsa genre dancehall, Sean Paul, bakal menggamatkan pentas Malaysia dalam sebuah konsert eksklusif yang dijadualkan berlangsung pada 10 Oktober 2025.
Ringkasan AI
- Sean Paul akan mengadakan konsert eksklusif di Malaysia pada 10 Oktober 2025, menandakan kemunculan semula beliau sejak kali terakhir pada 2018.
- Konsert ini dianjurkan oleh Epic Elation dengan sokongan beberapa rakan strategik, dan akan menampilkan lagu-lagu hit termasuk single terbaharu Ginger.
- Tiket mula dijual pada 21 Julai 2025 melalui fantopia.io, dan peminat digalakkan membeli awal untuk tidak terlepas peluang menyaksikan persembahan tersebut.
Para penonton boleh menantikan persembahan penuh tenaga daripada rangkaian lagu-lagu hit beliau, termasuk karya terbaharu seperti ‘Ginger’, yang kini sedang mendominasi pelbagai platform penstriman muzik global.
Tiket rasmi mula dijual pada 21 Julai 2025 melalui platform fantopia.io.
Peminat dinasihatkan untuk mendapatkan tiket lebih awal bagi memastikan peluang menyaksikan konsert yang dinanti-nantikan ini tidak terlepas.
“Kami amat teruja untuk membawa Sean Paul kembali bertemu peminat di Malaysia pada Oktober ini. Konsert ini bukan sekadar persembahan, ia adalah sambutan muzik, budaya, dan hubungan sejagat.
"Dengan kerjasama rakan strategik, kami komited untuk mempersembahkan pengalaman hiburan secara langsung yang luar biasa,” ujar wakil Epic Elation selaku penganjur.
Sean Paul turut meluahkan rasa teruja untuk kembali ke pentas Malaysia.
“Setiap kali berpeluang bertemu peminat di seluruh dunia, ia satu penghormatan. Saya tidak sabar untuk kembali ke Malaysia. Sokongan dan tenaga peminat di sana memang luar biasa.
“Saya paling bersemangat untuk menyampaikan single terbaharu ‘Ginger’ secara langsung. Lagu ini punya aura tersendiri, dan saya yakin penonton akan menikmatinya,” kata pemuzik dan penyanyi rap yang kini berusia 52 tahun. -Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami