PELAKON dan pelawak Ebby Yus mengakui bersyukur apabila menerima satu lagi tawaran baru daripada seorang wanita muda seminggu sebelum Ramadan lalu untuk mendermakan buah pinggang.
Menurut laporan Harian Metro, Ebby menjelaskan dia akan bertemu wanita terbabit dan membincangkan langkah yang seterusnya.
"Saya tidak tahu apa yang membuatkan dia mahu menderma buah pinggangnya. Nanti saya akan uruskan pertemuan dengannya sekali lagi dengan pihak media.
"Pada mulanya dia mesej bertanya, darah saya jenis apa? Saya terkejut juga, darah apa?" katanya.
BACA: Duka di hati Ebby Yus siapa tahu...
Namun, Ebby memaklumkan keadaan kesihatannya kepada wanita terbabit kerana setakat ini, dia belum memerlukan buah pinggang kerana keadaan buah pinggang miliknya sedikit sihat berbanding sebelum ini dan tidak memerlukan rawatan dialisis.
Pada Januari lalu, Ebby pernah mendapat tawaran sama daripada seorang aktivis kemasyarakatan dikenali sebagai Syed Syukri MK dari Port Dickson.
“Syed Syukri juga menunggu keputusan daripada saya sama ada mahu menerima (derma) buah pinggangnya atau tidak.
“Dia memberitahu ada juga insan lain yang meminta tapi dia sudah berjanji mahu mendermanya kepada saya,” katanya yang pernah bertemu dengan Syed Syukri di Port Dickson, April lalu.
Sebelum ini, Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid mengalami pelbagai masalah kesihatan termasuk buah pinggang bocor, jantung, darah tinggi, gastrik, masalah saraf dan prostat sejak beberapa tahun lalu.
Selepas kisahnya tular, beberapa individu menawarkan bantuan kewangan, melakukan umrah termasuk menawarkan buah pinggang kepada Ebby pada Januari lalu. - Sumber: Harian Metro
Gempak
Tue May 21 2019
Ebby menjelaskan dia akan bertemu wanita terbabit dan membincangkan langkah yang seterusnya.
[LAPOR LANGSUNG] Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Pemindahan pertama buah pinggang babi beri sinar kepada pesakit
Kejayaan prosedur pembedahan pemindahan buah pinggang babi ke manusia yang pertama di Amerika Syarikat (AS) disifatkan sebagai kemajuan besar di negara itu.
Madonna dedah koma 48 jam selepas jatuh, dakwa selamat dijaga malaikat
Pesohor seni Madonna berkongsi pengalaman insiden dirinya jatuh sakit sehingga koma selama dua hari atau 48 jam yang sempat mengejutkan peminatnya di seluruh dunia.
Penting untuk tingkatkan kesedaran terhadap kesihatan buah pinggang
Menurut Dr Wong Hin Seng, antara punca utama ESKD ialah diabetes, diikuti penyakit darah tinggi.
Polis Itali hantar buah pinggang guna Lamborghini
Organ tersebut dihantar dari Padua di timur laut Itali ke hospital di Modena dan ibu kota Rom.
Bukan berpunca dari ubat kurus! Shahrulezad dedah buah pinggang Nad Zainal dalam keadaan baik
Shahrulezad berkata kadar kebergantungan Nanad pada mesin oksigen pun semakin berkurangan.
Ubat batuk buatan India didakwa punca 66 kematian di Gambia - WHO
WHO juga mengeluarkan amaran produk perubatan dan meminta pengawal selia mengeluarkan barangan Maiden Pharma daripada pasaran.
Jual buah pinggang untuk beli iPhone 14? Doktor Thailand tegaskan jenaka itu tidak beretika
Di Thailand, frasa jual buah pinggang untuk iPhone 14 dilihat berleluasa hingga menjadi tular di beberapa platform media sosial.
Lebih 200 batu karang dalam buah pinggang
Pesakit berkenaan mengalami sakit teruk di bahagian kiri perutnya sejak lebih lima bulan lalu.
'Hadiah paling bermakna' - Lelaki derma buah pinggang buat bapa
Pemindahan buah pinggang untuk ayahnya merupakan hadiah paling bermakna dan berharga yang pernah dia berikan kepada insan istimewa ini.
Perokok dijangkiti COVID-19 berdepan komplikasi dua kali ganda lebih teruk
Data diperoleh daripada kajian terhadap 5,889 kes COVID-19 yang dirawat di seluruh negara dari 1 Februari hingga 31 Mei 2020.