awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya tiada masalah dengan Ella" - Jojie kini pengurus Azharina

Gempak
Gempak
17/01/2019
08:00 MYT
"Saya tiada masalah dengan Ella" - Jojie kini pengurus Azharina
Jojie dan Azharina kini sedang dalam persediaan untuk menghasilkan beberapa buah single yang akan menemui peminat juara GV3 itu tahun ini.
PENGURUS artis terkenal, Jojie Aminuddin kini bergelar pengurus kepada penyanyi dan juara program Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) iatu Azharina.
Menurut Jojie, dia tidak mempunyai sebarang masalah bersama Ella walaupun telah berhenti menguruskan adiknya itu selepas 32 tahun.
"Sejujurnya, saya dan Ella memang sudah lama meminati Azharina kerana dia mempunyai kualiti vokal yang luar biasa dan boleh dikatakan bertaraf antarabangsa.
"Walaupun sudah 32 tahun menguruskan Ella dan kini saya sudah berhenti menjadi pengurusnya, kami tidak mempunyai apa-apa masalah dan masing-masing menerima perkara ini dengan baik.
"Kalau sebelum ini saya boleh lahirkan Queen of Rock, tak mustahil kali ini saya boleh lahirkan the Queen of Soul," ujarnya.
Jojie berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media Azharina & Jojie bertempat di APW Bangsar, Kuala Lumpur semalam.
Dalam perkembangan lain, Jojie dan Azharina kini sedang dalam persediaan untuk menghasilkan beberapa buah single yang akan menemui peminat juara GV3 itu tahun ini.
Topic Berkaitan
#Azharina
#Ella
#Gegar Vaganza
#GV
#Jojie Aminuddi
#pengurus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan