PELAKON, Ika Nabella meluahkan rasa kecewa melalui sebuah entri di laman instagramnya ketika bercuti di salah satu villa mewah baru-baru ini.
Menurutnya, dia membayar ribuan ringgit dan berharap servis yang ditawarkan berbaloi namun hampa walaupun aduan sudah dibuat kepada pihak hotel.
“Bowie (suami) cuba menghubungi pengurusan selama lima jam dan mereka membiarkan kami tertunggu-tunggu dengan alasan ‘saya minta penyelia usahakan’ dan hanya satu tick selepas berkali-kali panggilan telefon.
Lebih membuatkan dia kecewa apabila pihak yang sepatutnya membiarkan pelanggan menunggu lima jam dan bilik yang bermasalah adalah bilik anak lelakinya.
Akhirnya dia membuat keputusan untuk meletakkan Noah di bilik bersama sepupu-sepupu Noah.
“Servis yang sangat teruk apabila anda membiarkan pelanggan menunggu lima jam tanpa tindakan apa-apa. Akhirnya kami menukarkan bilik Noah dan meletakkan dia bersama-sama dengan sepupunya.
“Bayangkan kalau ada bayi yang tidur dalam satu bilik seorang mengigau dan menangis, apa akan jadi kepada mereka semua?” katanya.
Kata Ika lagi, dia membayar lebih RM3,000 untuk percutian tersebut namun servis yang ditawarkan tidak memuaskan dan seperti tidak berbaloi.
“Tak boleh buat apa-apa sebab biliknya tak ada pendingin hawa dan pintu tak boleh kunci. Saya harap mereka akan membetulkannya pada pagi nanti sebab saya dah belanja RM3,000 untuk anak saya tidur dalam keadaan tidak selesa,” katanya
Hanya sempat melelapkan mata kurang daripada 3 jam, Noah bangun seawal 7 pagi disebabkan keadaan tempat tidurnya yang kurang kondusif.
Ika sempat menitipkan pesanan buat ibu bapa yang mempunyai anak kecil supaya periksa dahulu destinasi yang ingin dituju supaya kejadian seperti ini tidak berlaku lagi.
“Sebelum bawa anak kecil pastikan tempat tersebut mesra kanak-kanak dan service yang disediakan dalam keadaan baik. Bayangkan bawa anak kecil berjalan tak ada air kosong, itu pun dah haru biru kan?”
Kredit: Instagram Ika Nabella
Artikel asal di Pa&Ma
Pa and Ma
Sun Nov 07 2021
Ika menitipkan pesanan buat ibu bapa yang mempunyai anak kecil supaya periksa dahulu destinasi yang ingin dituju supaya tidak mengalami kejadian serupa. - Foto Instagram Ika Nabella/Pa&Ma
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Sebelum bawa anak bercuti, periksa dulu tempat - Ika Nabella kecewa, bayar mahal tapi servis teruk
Dia membayar ribuan ringgit dan berharap servis berbaloi namun hampa walaupun aduan sudah dibuat kepada pihak hotel.